Rakyat dinafi maklumat mengenai hak kebebasan berdemokrasi: Param
Rakyat negara ini masih tidak begitu jelas tentang hak mereka mengenai kebebasan berdemokrasi kerana dinafikan mendapat maklumat tersebut melalui akhbar.
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy berkata, akhbar milik kerajaan mempunyai kecenderungan untuk menafikan sesetengah maklumat kepada pembaca mengenai perkara tersebut
Contohnya, media (arus perdana) tidak pernah memberitahu rakyat bahawa mereka mempunyai hak untuk berkumpul secara aman di bawah undang-undang antarabangsa, katanya kepada malaysiakini .

Sebelum itu, beliau melancarkan Dinding Kebebasan Akhbar di pejabat malaysiakini hari ini sempena dengan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang akan disambut esok.
Oleh itu, tidak hairanlah rakyat Malaysia begitu takut untuk berkumpul bagi menyatakan hak mereka, tambah Param.
Katanya, adalah tidak wajar bagi kerajaan mengawal kebebasan media di negara ini memandangkan kedudukan Malaysia yang sudah hampir mencapai status negara maju.
Sejajar dengan taraf itu, rakyat tentulah memerlukan suatu piawaian media yang jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang, ujarnya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Param menjelaskan bahawa sekatan terhadap media melalui sebarang bentuk penapisan, boleh mendorong sesetengah pihak bertindak mengadakan demonstrasi supaya suara mereka didengar.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan berdemonstrasi bukanlah sesuatu yang salah dan PBB sendiri mahukan kerajaan mengiktiraf hak tersebut serta melindungi mereka yang mengambil bahagian.
Oleh itu, Param berkata, rakyat perlu mempersoalkan tindakan mengawal media oleh kerajaan yang berpendapat berdemonstrasi bukanlah cara untuk mencari penyelesaian.
Kenapa pemerintah yang memperolehi mandat melalui peti undi amat takutkan kebebasan akhbar sekiranya ia tidak ada apa yang perlu disembunyi atau ditakuti?
Dengan memperkecilkan kebebasan akhbar, mereka (pemerintah) sebenarnya memperkecilkan demokrasi, iaitu proses di mana mereka memperolehi kuasa, ujar Param.
Menurutnya, peristiwa 11 Sept lalu turut memberi kesan terhadap kebebasan media di mana Amerika Syarikat yang dahulunya mengamalkan sikap terbuka terhadap media, mula mengenakan sekatan terhadap aliran maklumat bebas.
Tarikh 3 Mei diisytiharkan sebagai Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Perhimpunan Agung PBB pada 1993 setelah dicadangkan oleh PBB bagi Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (Unesco) melalui resolusi berkaitan dengan Penggalakan Kebebasan Akhbar di Dunia.
Resolusi tersebut telah diluluskan untuk mengiktiraf media yang bebas, majmuk dan merdeka yang merupakan suatu komponen asas kepada pembentukan setiap masyarakat demokrasi.
Sambutan 3 Mei juga bertujuan untuk mengingatkan masyarakat mengenai pencabulan hak ke atas kebebasan bersuara dan risiko yang dihadapi wartawan di serata dunia, dalam menggalakkan aliran maklumat bebas serta kebebasan akhbar bagi semua lapisan masyarakat.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.