Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis Suaram dituduh buat aduan palsu
Diterbitkan:  Oct 14, 2009 4:20 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Setiausaha Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor Bahru, Cheng Lee Whee, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membuat laporan polis palsu pada Oktober tahun lepas.

cheng lee whee isa arrest 181008 out on bail 04 Cheng, 27, dari Rimba Terjun, Pontian, dituduh membuat laporan polis palsu iaitu "Johor Jaya Report 12353/08" di balai polis Permas Jaya, pada 2.33 petang 16 Okt tahun lepas.

Wanita itu, yang dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan, boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Amira Suriati Zainal, manakala Cheng diwakili peguam John Fernandez dan Hassan Karim.

Majistret Mohd Fuad Abdul Ghani menetapkan 16 Dis ini untuk perbicaraan dan membenarkan Cheng diikat jamin sebanyak RM1,000. BERNAMA


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS