Ada percubaan untuk 'mempengaruhi' saya, kata bekas hakim
Seorang bekas hakim mendedahkan adanya pihak dalam bidang kehakiman yang cuba "mengarahnya" mengenai cara untuk mengendalikan kes-kes mahkamah, tetapi beliau tidak mengendahkannya.
"Saya tidak memperdulikan mereka," kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Mohd Ismail kepada malaysiakini dalam satu wawancara khas di kediamannya di Damansara Heights baru-baru ini.
"Selepas itu, saya dapati sikap terhadap saya mula berubah. Mereka menjauhi saya dan bersikap menyepi, tapi saya tidak kisah semua itu. Apabila saya mendengar sesuatu kes, saya akan mengendalikannya sebaik mungkin," kata beliau, yang mengisi masa lapangnya dengan bersiar dan berkebun, dan melayani cucunya.
Seorang bekas hakim mendedahkan adanya pihak dalam bidang kehakiman yang cuba "mengarahnya" mengenai cara untuk mengendalikan kes-kes mahkamah, tetapi beliau tidak mengendahkannya.
"Saya tidak memperdulikan mereka," kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Mohd Ismail kepada malaysiakini dalam satu wawancara khas di kediamannya di Damansara Heights baru-baru ini.
"Selepas itu, saya dapati sikap terhadap saya mula berubah. Mereka menjauhi saya dan bersikap menyepi, tapi saya tidak kisah semua itu. Apabila saya mendengar sesuatu kes, saya akan mengendalikannya sebaik mungkin," kata beliau, yang mengisi masa lapangnya dengan bersiar dan berkebun, dan melayani cucunya.
Shaik Daud mendirikan rumahtangga dengan Beebee Zubaidah dan dikurniakan empat cahayamata. Kedua-duanya anak lelakinya adalah lulusan undang-undang — seorang peguam dan seorang lagi penasihat undang-undang disebuah bank.
"Pernah sekali saya diminta mendengar satu kes rayuan kerana hakim yang sepatutnya mendengar kes itu, Tan Sri Mohd Azmi Kamaruddin, tidak sihat.
"Saya memberitahu mereka, yang saya tidak tahu apa-apa mengenai kes tersebut. Jadi mereka memberi saya rekod-rekod mengenainya. Masa itulah saya diberitahu apa yang sepatutnya dibuat. Saya menjawab, walaupun saya telah membaca rekod-rekod itu, saya masih akan hadir di mahkamah dengan minda terbuka.
"Saya memberitahu mereka supaya jangan menyuruh saya membuat keputusan di atas kertas. Jika hujahnya boleh diterima, saya akan membenarnya dan jika sebaliknya, saya akan menolaknya. Itulah sebabnya mereka tidak suka dengan saya, sebab saya membantah.
"Mereka mahu saya menjadi "pak turut", dan buat apa sahaja yang mereka mahu. Bagi saya, ia adalah satu ketidakadilan terhadap tertuduh dan anak guam," katanya
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengenai para hakim yang menghadapi tekanan daripada ketua-ketua mereka mengenai bagaimana hendak membuat keputusan terhadap kes-kes tertentu.
Ianya timbul Jun tahun lalu apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammd Kamil Awang, dalam penghakimannya berhubung satu kes pilihanraya, yang tidak memihak kepada pihak pemerintah, mendakwa terdapat percubaan daripada pihak atasan, melalui panggilan telefon, untuk mempengaruhinya, ketika membuat keputusan mengenai kes itu.
Berikutan itu, Ketua Hakim Negeri ketika itu, Tun Mohd Eusoff Chin, mengakui telah membuat panggilan telefon itu, tetapi menafikan bahawa beliau cuba mempengaruhi Muhamad Kamil, yang kini sudah bersara, supaya membuat keputusan yang memihak kepada pemerintah.
Eusoff sepatutnya dipecat
Shaik Daud, yang telah bersara tahun lalu, selepas hampir 40 tahun berkhidmat dalam bidang perundangan dan kehakiman, juga berpendapat Eusoff, yang bersara pada Nov 2000, sepatutnya dipecat daripada jawatannya kerana telah mencemari imej badan Kehakiman.
Katanya, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap bekas ketua hakim negara itu adalah berat dan membolehkan Eusof dipecat. Beliau juga berpendapat Eusof sendiri sepatutnya "bertindak meletakkan jawatan".
"Atau sekurang-kurang beliau menjawab tuduhan-tuduhan itu secara meyakinkan. Tetapi jawapan dan penjelasannya terhadap tuduhan-tuduhan itu tidak meyakinkan langsung," katanya.
Shaik Daud berkata, beliau juga menyedari mengenai tuduhan itu dan penyebaran foto kontroversi Eusoff ketika bersama seorang peguam, sewaktu bercuti di New Zealand, secara meluas melalui internet.
"Saya merasa sedih kerana ianya berlaku terhadap ketua hakim, yang mengetuai bidang kehakiman. Tetapi kerananya, tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, reputasi bidang kehakiman habis tercemar. Semua orang beranggapan semua hakim begitu," kata Shaik Daud, yang merupakan segelintir hakim yang tidak bermain golf.
Shaik Daud, yang pernah bekerja sebagai seorang jurujual kereta di Penang pada 1957, sebelum berlepas ke England untuk mengikuti pengajian undang-undang, juga mendakwa yang Eusoff juga mengamalkan "double standards" dan "pilihkasih", dan beliau (Shaik Daud) telah "dipinggirkan" kerana tidak mahu menjadi "pak turut".
Surat layang
Shaik Daud juga bercakap mengenai punca dua bekas hakim — Datuk Syed Ahmad Idid dan Datuk Visu Sinnadurai — yang meninggal bidang kehakiman, dalam keadaan yang meragukan.
"Mengenai Visu, yang saya tahu ialah beliau meletakkan jawatan selepas menolak pertukarannya ke Malaysia Timur".
Bagi Syed Ahmad pula, Shaik Daud percaya bekas hakim Mahkamah Tinggi itu diminta meletakkan jawatan berikutan penyebaran surat layang yang menuduh berlakunya salahlaku dan amalan rasuh di kalangan hakim, kepada semua hakim.
Shaik Daud juga berkata bekas Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus "bukanlah seorang ketua Mahkamah Rayuan yang bagus".
"Beliau tidak dapat menerima teguran dengan baik, dan mengamalkan pilih kasih, walaupun tidak seperti yang seorang lagi. Yang seorang lagi itu (Eusoff) amat jelas sekali."


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.