Solat hajat di Masjid Negara untuk pembebasan Anwar
Penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan solat hajat di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini untuk mendoakan pembebasannya selepas mahkamah mendengar rayuan berhubung kes rasuah terhadapnya.
Mahkamah Persekutuan telah selesai mendengar kes rayuan Anwar dan menangguhkan penangguhan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Penyokong bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan solat hajat di Masjid Negara selepas solat Jumaat hari ini untuk mendoakan pembebasannya selepas mahkamah mendengar rayuan berhubung kes rasuah terhadapnya.
Mahkamah Persekutuan telah selesai mendengar kes rayuan Anwar dan menangguhkan penangguhan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Dianggarkan 300 penyokong beliau menyertai solat hajat. Kali terakhir solat hajat untuk Anwar diadakan di Masjid Negara ialah pada tahun 1999 berikutan timbul dakwaan beliau terkena keracunan arsenik.
"Saya gembira kerana ramai yang hadir walaupun tidak ada notis yang dikeluarkan, kerana acara ini tidak ditaja oleh sesiapa pun," kata Mohd Salleh Abu Bakar selepas mengimamkan solat hajat itu.
Hebahan mengenai rancangan mengadakan solat hajat itu disiarkan dalam beberapa laman web pro-reformasi.
"Ini membuktikan sokongan terhadap sebenarnya Anwar masih padu," kata Mohd Salleh.
Apa yang lebih penting, kata Mohd Salleh, para penyokongnya berdoa agar Anwar dapat diberikan keadilan yang sewajarnya.
"Semoga Allah membuka hati hakim yang mengadili kes rayuan tersebut agar beliau dapat menegakkan kebenaran seperti yang sewajarnya," katanya lagi.
Mohd Salleh berkata acara solat hajat ini mungkin diadakan setiap minggu, kerana ia merupakan suatu jalan yang terbaik untuk memohon keadilan kepada Anwar dan mereka yang teraniaya.
Ditanya kemungkinan acara solat hajat seterusnya dihalang oleh mana-mana pihak, Mohd Salleh menjawab menunaikan solat hajat adalah suatu perkara sunat yang digalakkan oleh Islam.
Peluang terakhir
"Mungkin ini jalan terbaik yang dapat rakyat lakukan, kerana ianya tidak melibatkan apa-apa huru-hara serta dijalankan secara aman. Lagipun, kerajaan berkata bahawa Malaysia adalah negara Islam," tambahnya.
Selain itu, laungan Allahuakbar oleh penyokong Anwar turut kedengaran di dalam Masjid Negara hari ini.
Bagaimanapun, tidak pemimpin parti Keadilan yang kelihatan hadir menyertai solat hajat itu.
Pada April 2 lalu, Mahkamah Persekutuan menangguhkan penghakiman terhadap kes rayuan Anwar berhubung tuduhan rasuah terhadapnya di mana beliau telah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.
Kes tersebut didengar oleh tiga penal hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaiddin Abdullah.
Rayuan Anwar didengar selama lapan hari, setelah beberapa kali tertangguh, dan merupakan peluang terakhir beliau untuk mendapatkan pembebaskan.
Kelmarin, Anwar telah menimbulkan kontroversi dengan tersiarnya jawapan bertulisnya kepada wartawan yang mengatakan beliau tidak menolak kemungkinan untuk berbaik semula dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, walaupun menegaskan beliau tidak akan berganjak daripada perjuangannya untuk menegakkan keadilan dan demokrasi.
Minggu lalu, Presiden Parti Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri Anwar, mengatakan bahawa sokongan rakyat terhadap pembangkang kian berkurangan.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.