Lutfi dakwa hasil siasatan kes rasuah Khir Toyo telah siap

comments     Arfaeza A Aziz     Published     Updated

Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menyelesaikan siasatan terhadap Mentri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan sudah merujukkan perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara, dakwa aktivis media Ahmad Lutfi Othman.

Ahmad Lutfi memberitahu malaysiakini bahawa dia percaya laporan hasil siasatan itu telahpun ditunjukkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebelum beliau mengambil cuti selama sebulan pada awal tahun ini.

"Sumber yang dipercayai memberitahu saya selepas kes itu dirujuk kepada Perdana Menteri, tiada tindakan lanjut diambil. Kes itu dikatakan terhenti di situ," tambahnya.

Wartawan politik itu juga menyoal tindakan merujuk kes itu kepada Mahathir sedangkan hanya Peguam Negara yang boleh membuat keputusan sama ada untuk mendakwa menteri besar berkenaan.

"Jadi, saya percaya siasatan itu hanya dibuat kerana Perdana Menteri hanya ingin tahu apa kesalahan yang dilakukan oleh Khir Toyo. Itu sahaja. Siasatan itu bukanlah untuk membuat tindakan lanjut dan sebaliknya disimpan untuk keperluan politik," katanya.

For the rest of this story and more, subscribe for only RM150 a year. If you're already a subscriber, please sign in.

Sign in Subscribe now


Malaysiakini
news and views that matter


Sign In