kemaskini 4.19pm PAS memerlukan "korban" dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik.

"Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban," kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.

interfaith dr aziz bari interview 080606 talking Pakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.

Dr Abdul Aziz dijangka mengulangi dan mempertahankan nada kritikalnya itu di seminar politik PAS di Gombak, Sabtu ini.

Ia diadakan sebagai menggantikan muktamar khas seperti disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas merujuk artikel Dr Abdul Aziz, 'Pengajaran Dari Bagan Pinang' di sebuah akhbar 19 Oktober lalu.

Ahli akademik yang dekat dengan politik pembangkang itu mengkritik Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan parti itu, antaranya Dr Hassan yang dianggap menimbulkan di Selangor sehingga membawa kemerosotan kepada undi PAS pada pilihan raya kecil tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Aziz berkata sekiranya PAS gagal melakukan reformasi itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh membetulkan keadaan dengan menggugurkan Dr Hassan sebagai exco kerajaan negeri.

Dalam seminar 7 November ini, Dr Abdul Aziz diberikan masa 30 minit bagi menyampaikan pandangan kontroversinya itu kepada kira-kira 1,000 peserta - terdiri daripada semua barisan pemimpin kanan di semua peringkat termasuk tiga dewan utama dan kawasan.

Beliau, yang telah mengulas panjang selepas artikel di Sinar Harian itu, bagaimanapun tidak akan membentangkan sebarang kertas kerja, sebaliknya hanya berucap spontan.

Seminar yang dijadual dibuka dengan rasmi oleh Abdul Hadi dijangka disertai oleh seorang lagi ahli akademik, Dr Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Jabatan Pengajian Media di Universiti Malaya.

Walaupun agak keberatan pada mulanya untuk turut serta dalam seminar itu, Dr Abdul Aziz telah mengesahkan kehadirannya kepada pengelola seminar, Salahuddin Ayub yang juga naib presiden PAS.

Ditanya sebab keberatannya untuk hadir, Dr Abdul Aziz berkata: "Saya bukan orang parti. Saya tidak ada kena-mengena dengan cerita (pergolakan dalaman) ini. Ini bukan kerja saya."

Dr Abdul Aziz yakin seminar tersebut dapat menyelesaikan masalah dalaman PAS dalam jangka masa yang panjang walaupun terdapat pihak yang mempersoalkan keberkesanan program tersebut.

azlan Mengulangi kritikan terhadap kepimpinan Abdul Hadi, Dr Abdul Aziz berkata presiden PAS itu hanya "sesuai menjadi (pemimpin) nombor 2, bukan sebagai kapten."

"Masalahnya dengan isi (idea) yang dibawa. (Contohnya) kalau beliau kata dunia ini rata, kita tidak boleh terima perkara ini walaupun kita lihat ia memang rata. (Sebab idea) ini tidak betul," katanya.

Tambahnya, cadangan kerajaan perpaduan yang cuba diperkenalkan Abdul Hadi tidak masuk akal kerana "mustahil" untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang tiada pembangkang.

"Jangan cakap perkara yang beliau tidak tahu. Di England, selepas Perang Dunia Kedua, penggabungan parti-parti membentuk kerajaan kerana tiada satu pun parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan."

"Di Malaysia, situasinya jauh berbeza," kata Dr Abdul Aziz.

Dihubungi hari ini, Dr Abu Hassan pula berkata masalah parti itu kini masih di peringkat pergeseran antara tokoh pemimpin, khususnya antara "aliran agama" dengan "golongan liberal," dan bukannya melibatkan masalah institusi-institusi PAS.

"Kemunculan tokoh-tokoh moderat dalam PAS terutamanya selepas (era) Reformasi 1998 meletakkan mereka di pesisir PAS, sedangkan golongan ulama masih di teras (kepemimpinan)," katanya.

"Masalah dalaman PAS ini tidak akan memungkinkan parti itu runtuh tetapi kemungkinan akan melemahkan jentera dan pengurusan parti."

Dr Abu Hassan percaya ahli-ahli akademik termasuk beliau diundang di seminar itu kerana PAS mahu mencari sudut-sudut pandangan yang dilihat bebas.

Dalam kertas kerjanya nanti, beliau bukan sahaja menyentuh isu-isu konflik dalaman PAS, tetapi juga dasar parti itu, sama ada masih relevan di masa depan, tambahnya.

Kertas beliau akan menumpukan kepada tiga bahagian iaitu politik dalaman PAS, kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat dan juga kepercayaan nasional terhadapnya.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS