M Kuhendran sepatutnya menyambut harijadi kelima bersama ibunya di hospital hari ini.

NONE Tetapi, hasratnya tidak kesampaian apabila ibunya, R Seetha, 33, meninggal dunia petang ini - enam hari selepas dia meminum racun rumpai.

Surirumah beranak empat itu dikatakan bertindak demikian kerana terlalu sedih ekoran kematiannya adik lelakinya.

Adiknya itu, Surendran adalah antara lima orang yang berusia antara 17 dan 24 tahun, yang terbunuh dalam insiden menembak dengan polis di Klang pada 9 November lalu.

Surirumah itu turut memberi minum racun itu kepada anak-anaknya, selepas dikatakan memberitahu mereka, jika meminumnya, mereka boleh menemui bapa saudara mereka itu.

Anak-anaknya dilaporkan tidak lagi dalam bahaya dan keadaan mereka stabil.

rampathy police report_seetha dad_ 15112009 Ketika ditemui minggu lalu, bapanya (foto, kiri) memberitahu bahawa Seetha sangat rapat dengan adiknya itu.

Polis kemudiannya menahan suaminya, M Manimaran, menyebabkan beberapa pihak mendakwa, pihak berkuasa cuba meletakkan tanggungjawab itu terhadapnya.

Pemandu lori berusia 37 tahun itu bagaimanapun dibebaskan kemudiannya manakala Seetha telah menulis sepucuk surat di hospital, menafikan suaminya terbabit.

Pemimpin Parti Hak Asasi Manusia (HRP), P Uthayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa Seetha meninggal dunia pada jam 3.05 petang tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang.

Menurutnya, doktor telah mengklasifikasikan kematiannya sebagai "kematian akibat paraquat dengan beberapa organ gagal berfungsi."

Baca berita penuh