PM minta media berhati dengan pembangkang

   

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak media supaya berhati-hati ketika berdepan dengan kenyataan parti-parti pembangkang, terutama PAS, ekoran kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh mingguan Katholik, Herald.

Gesaan itu dibuat sewaktu perjumpaan dengan kira-kira 40 wakil pertubuhan media di pejabat Najib di Putrajaya semalam, demikian menurut laporan dalam therocknews.com.

Portal berita dalam bahasa Cina itu melaporkan, Najib memberitahu pertubuhan media terbabit supaya jangan mensensasikan kontroversi tersebut, tetapi sebaliknya menegaskan perlunya suasana harmoni bagi mengelak konflik agama.

PAS dan PKR telah menyatakan sokongan bersyarat kepada keputusan mahkamah yang mengetepikan larangan kementerian dalam negeri (KDN) supaya Herald tidak menggunakan kalimah Allah dalam bahagian Bahasa Malaysianya.

PAS dan PKR juga menuduh Umno dan proksinya, terutama akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, menyemarakkan sentiman kaum dan agama untuk tujuan politik.

Kerajaan persekutuan yang didukungi Umno telah merayu terhadap keputusan mahkamah itu kerana bimbang penggunaan kalimah Allah - yang ekslusif kepada orang Islam - oleh bukan Islam, akan menimbul kekeliruan.

[Baca berita penuh]

Malaysiakini
terkini untuk anda