Malaysia dan India menyaksikan anjakan besar dalam perhubungan dengan termetrainya perjanjian ekstradisi, di samping dua perjanjian lain.

foreign minister anifah aman Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari India S.M. Krishnan menandatangi dokumen bersejarah itu, yang akan membantu menangani jenayah sempadan.  

Kedua-dua kerajaan menandatangai draf perjanjian pada 2002 dan sejak itu pegawai-pegawai terus memperhalusi dokumen semasa mesyuarat tahunan suruhanjaya bersama kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sedang melawat India dan rakan sejawatannya Manmohan Singh mengadakan mesyuarat hampir dua jam di New Delhi, dengan menteri-menteri kanan kabinet dari kedua-dua pihak turut hadir.

NONE Dua lagi perjanjian yang ditandatangani - Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Pengajian Tinggi dan Perjanjian Kerjasama Pasaran Modal Malaysia-India antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Securities and Exchange Board of

India (SEBI).  

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Menteri Pembangunan Sumber Manusia India Kapil Sibal menandatangani perjanjian pendidikan.  

Pengerusi SC Tan Sri Zarinah Anwar menandatangani dokumen berhubunng pasaran modal sementara SEBI diwakili oleh pengerusinya C.B.Bhave.  

- Bernama