Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Suara Keadilan menghina mahkamah
Diterbitkan:  Jan 22, 2010 7:19 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Bukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi akhbar Suara Keadilan, yang sepatutnya dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana mendedahkan hasil laporan bedah siasat kematian Teoh Beng Hock ( bawah ), Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.

    

suara keadilan editor investigated 060110 dzulkarnain taib right and ranjit singh Peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa berkata tindakan tabloid itu menyiarkan artikel bertajuk "Pornthip Sahkan Beng Hock Dibunuh" pada 29 Dis lalu telah mendahului mahkamah, sedangkan mahkamah itu belum membuat sebarang keputusan berhubung kematian setiausaha politik berkenaan.

"Pihak yang sebenarnya menghina mahkamah ialah pihak yang mengeluarkan berita itu sedangkan ia (keputusan berhubung kematian Teoh) belum lagi diputuskan," kata Abdul Razak.

    

Peguam SPRM menghujahkan perkara itu semasa membantah permohonan abang mendiang, Teoh Meng Kee, supaya pegawai SPRM Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip Rajanasunand ( bawah )

pada 1 Jan lalu.

Demi integriti mahkamah

NONE Abdul Razak berhujah bahawa Raub membuat laporan polis itu demi menjaga integriti mahkamah dan bukan dengan niat untuk menakut-nakutkan pakar patologi dari Thailand itu daripada memberikan keterangan di mahkamah.

"Raub berhak untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki ada pihak yang membocorkan maklumat berhubung hasil bedah siasat itu. Tindakannya bukanlah satu perbuatan menghina mahkamah," jelas Abdul Razak.

Pada 5 Jan lalu, Meng Kee memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Raub kerana mendakwa laporan polis oleh pegawai SPRM itu sengaja dibuat bagi menakut-nakutkan dan mengugut Dr Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah siasat kedua ke atas Beng Hock.

Bagaimanapun, mahkamah pada 15 Jan lalu dimaklumkan peguam Tan Hock Chuan, yang mewakili kerajaan, bahawa pihak Peguam Negara tidak akan mendakwa Dr Pornthip atas tuduhan membocorkan maklumat laporan forensik kerana tidak terdapat sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan itu.

NONE Dalam bantahannya, Abdul Razak berhujah bahawa Meng Kee tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk membuat permohonan itu kerana Dr Pornthip adalah pihak yang sepatutnya mengemukakan usul tindakan menghina mahkamah itu.

"Bagaimana kita tahu Dr Pornthip benar-benar takut (untuk memberikan keterangan)? Kita tidak ada keterangan atau afidavit daripada Dr Pornthip  sendiri, adakah afidavit Meng Kee itu sahaja mencukupi?" kata Abdul Razak.

- Bernama   

ADS