berita terkini
Pengiraan semula kesemua 121 peti undi bagi pilihanraya kecil Parlimen Pendang terpaksa dilakukan selepas keputusan pengiraan awal di menangi oleh calon Barisan Nasional hanya dengan kira-kira 238 undi.Setakat jam 11.20 malam ini, kira-kira 70 undi sudah dikira semula dan 51 peti lagi masih dalam proses pengiraan.
Sebelum ini, persaingan hebat berlaku dalam pengiraan jumlah undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon berkenaan sehingga pada satu ketika, calon PAS mendahului dengan hanya 15 undi sahaja.
Ketika 40 peratus daripada sejumlah 121 peti undi dikira, calon PAS, Dr Mohd Hayati Osman mendahului calon BN Datuk Othman Abdul dengan lebih 1,000 undi majoriti.
Bagaimanapun, apabila lebih 90 peti undi dikira, jumlah majoriti menurun sehingga 25 undi sahaja, dan selepas peti undi ke-99 dikira, jumlahnya hanya 15 undi. Jumlah majoriti itu bagaimanapun meningkat kepada 281 undi kepada PAS, selepas pengiraan peti undi ke-101 disahkan.
