Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
News
95 peratus pengundi Cina di Pendang dan Anak Bukit pilih calon BN: MCA Kedah
Published:  Jul 19, 2002 10:12 AM
Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM

MCA Kedah mendakwa kira-kira 95 peratus daripada pengundi Cina yang mengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Pendang dan Dewan Undangan Negeri Anak Bukit semalam memilih calon Barisan Nasional (BN).

Agensi berita nasional, Bernama, memetik beberapa pemimpin MCA tempatan sebagai berkata jumlah pengundi Cina yang keluar mengundi juga meningkat kepada 82 peratus di Pendang dan 81 peratus di DUN Anak Bukit.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, hanya 50 peratus pengundi Cina mengundi di Pendang dan 65 peratus di Anak Bukit.

Pengerusi MCA Kedah Datuk Beh Heng Seong berkata peratusan tinggi itu sebahagian besarnya berpunca daripada kebimbangan masyarakat kaum Cina terhadap undang-undang Hudud yang diluluskan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu.

"Dan hasrat mereka untuk menubuhkan kerajaan Islam dalam negara pelbagai kaum seperti kita tidak dapat diterima oleh rakyat bukan Islam.

"Kaum Cina kini jelas dengan motif sebenar PAS... itu sebab mereka keluar beramai-ramai untuk menunjukkan pendirian mereka terhadap isu itu," katanya.

"Jika kita boleh dapat lebih daripada 70 peratus, ia sudah dianggap baik tetapi di kedua-dua pilihanraya kecil itu kali ini, jumlah yang keluar mengundi sangat tinggi," katanya.

Lima kawasan utama

Timbalan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chor Chee Heung pula berkata hampir semua peti undi yang membabitkan pengundi Cina, memilih BN

Di Anak Bukit, katanya lebih 40 peratus pengundi Cina yang bertaburan di lima kawasan, kebanyakannya di Taman Aman, Pekan Anak Bukit, Gunung, Pantai Johor dan Simpang Empat Kuar, menyokong BN.

"Di Taman Aman dan Pekan Anak Bukit, majoriti undi untuk BN tidak kurang daripada 800 undi," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin MCA tempatan yang tidak mahu namanya disebut, berkata terdapat seramai 2,151 pengundi Cina mendaftar sebagai pemilih di Anak Bukit tetapi hanya 1,700 keluar mengundi semalam kerana sebilangan lagi sudah berpindah ke tempat lain.

"Bagaimanapun, kira-kira 95 peratus daripada mereka mengundi calon Barisan Nasional (BN)," katanya.

Beliau berkata bilangan pengundi Cina yang paling ramai keluar mengundi ialah di Pendang. Daripada 3,403 pengundi Cina di kawasan itu, 82 peratus daripada mereka keluar mengundi.

Sementara itu, Naib presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon semasa dihubungi Bernama berkata isu teokratik parti Islam ekstremis yang semakin mendapat tempat, membimbangkan pengundi Cina dan ia merupakan isu yang lebih penting daripada isu-isu lain yang dibangkitkan oleh pembangkang.

"Selain membangkitKan sentimen, parti pembangkang juga emosional dalam isu-isu lain yang saya anggap satu pendekatan yang salah," katanya.

Koh berkata isu utama yang membimbangkan kaum Cina ialah sama ada mereka wajar membenarkan parti ekstremis seperti PAS mendapat tempat dan sama ada agama wajar dipisahkan daripada politik.

Salahkan media

Sementara itu, pemangku presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kekalahan PAS di kawasan Parlimen Pendang dan merosotnya majoriti PAS di DUN Anak Bukit kerana kurangnya pengundi Cina.

Katanya, pengundi Cina tidak ramai yang hadir pada ceramah yang diadakan PAS akibat media massa yang didakwanya telah menghalang parti itu daripada meraih kepercayaan masyarakat Cina di kedua-dua kawasan berkenaan.

PAS katanya tidak diberi peluang untuk bercakap kepada rakyat bagi menerangkan dasar dan perjuangan parti itu melalui media massa dan ceramah umum.

Hadi yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata ini adalalah satu perkara yang tidak boleh hendak diatasi


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS