Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau menggalas tanggjungjawab yang berat dalam menjayakan program tranformasi kerajaan (GTP) bagi menjadikan kerajaan lebih efektif.

NONE "Saya akan duduk berbincang bersama semua menteri secara individu pada setiap tahun untuk menilai pencapaian masing-masing.

"Sebagai perdana menteri, saya menggalas tanggungjawab yang amat berat dalam menjayakan program tranformasi ini," katanya ketika melancarkan program tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

GTP yang diperkenalkan pada April 2009 bertujuan menjadikan kerajaan lebih efektif dalam penyampaikan perkhidmatan dan kebertanggungjawaban dalam bidang keberhasilan yang menjadi keutamaan rakyat.

NONE Berucap dalam program tersebut, Najib berkata, mengubah kerajaan bukan suatu perkara mudah dan memerlukan satu kaedah baru.

"Dalam melaksanakan usaha-usaha ini, pasti terdapat halangan dan kekangan, termasuk sasaran yang hendak dicapai, inisiatif-inisiatif yang mungkin tidak mendatangkan hasil, penolakan terhadap perubahan dan cabaran-cabaran baru yang tidak dapat dijanggkakan," katanya.

Bagi menjamin ketelusan, tambah Najib, kerajaan akan membentangkan laporan penilaian tahunan program tersebut kepada rakyat untuk dinilai.

"Saya rela dinilai dan ditentukan rakyat apabila sampai masanya," kata perdana menteri.

Najib juga berkata, kerajaan mahu mengubah tanggapan bahawa sektor awam kurang berkesan berbanding sektor swasta.

NONE "Seringkali banyak pihak bersifat skeptikal terhadap peranan sektor awam. Kebijaksaaan lazim mengatakan bahawa sektor awam kurang keberkesanan atau kecekapannya berbanding sektor swasta.

"Namun tanggapan ini tidak semestinya benar kerana kerajaan boleh berubah jika ada kepimpinan yang cekap, matlamat yang jelas dan penyampaian yang berkesan," katanya.

Program GTP merangkumi enam sektor yang diberi perhatian, antaranya bagi mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar dan taraf hidup isirumah berpendapatan rumah.

GTP juga mensasarkan usaha mempertingkatkan pengangkutan awam dan infrastuktur asas luar bandar.