Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
News
Pembangkang menang kerana masalah dalaman Umno: Muhd Taib

Kemenangan parti pembangkang Melayu dalam pilihanraya bukan disebabkan kekuatan mereka sendiri tetapi akibat masalah dalaman Umno berhubung dengan pemilihan calon, kata Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Katanya, perkara yang sama berlaku dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit minggu lalu yang dimenangi oleh calon PAS, Amiruddin Hamzah dengan kelebihan 508 undi sahaja.

Kekalahan itu menafikan peluang Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kembali majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri Kedah. Buat masa ini, BN mempunyai 23 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri. PAS pula mempunyai 12 kerusi dan satu Keadilan

Manakala kerusi Parlimen Pendang pula dimenangi oleh calon BN, Datuk Othman Abdul dengan majoriti 283 undi.

Mengulas lanjut mengenainya, Taib berkata apabila ada pilihanraya, ada ahli Umno yang menyokong pembangkang semata-mata kerana pemimpin tertentu di kawasan terbabit yang mereka sokong, tidak terpilih sebagai calon.

"Mereka sanggup menyokong pembangkang untuk memastikan calon yang dipilih itu kalah. Inilah sebabnya mengapa kita kalah, bukan kerana PAS kuat.

Struktur lama

"Kerana itulah, pentingnya ahli-ahli Umno perlu mengenepikan perasaan peribadi mereka dan menyokong sepenuhnya calon yang dipilih mewakili Umno bertanding dalam sesuatu pilihanraya," katanya bila dihubungi semalam.

Menurutnya, ini mungkin berlaku kerana pemilihan seseorang calon itu juga menurut mengambil kira struktur yang wujud dalam organisasi Umno yang sudah lama wujud.

"Tetapi bagi parti pembangkang, termasuk PAS sendiri, bila ada pilihanraya, mereka boleh memilih sesiapa sahaja calon termasuk dari golongan profesional,dan boleh diterima oleh ahli-ahlinya di kawasan terbabit," tambah Muhd Taib.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS