BERITA

Pakatan anggap kartun BN hina pemimpinnya tak lucu

Humayun Kabir

Diterbitkan
Dikemaskini 5 Feb 2010, 10:20 pagi

Barisan Nasional didakwa terus menggunakan taktik jahat memperlekehkan Pakatan Rakyat dengan menyebarkan risalah yang menyiarkan kartun-kartun yang menghina pemimpin pembangkang di Perak.

nga kor ming pc 050210 nga showing cartoon captions Menurut setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming ( kiri, tanpa ketayap ), selain dirinya, menteri besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan speaker V Sivakumar juga diburuk-burukkan.

Kartun-kartun itu dicetak dalam risah yang mengandungi enam muka surat dan diedarkan di kawasan-kawasan yang mempunyai penduduk majoriti Melayu.

Antaranya, memaparkan Nizar sebagai boneka DAP dan penyokong kuat masyarakat Cina.

the overturn car of nizar cartoon Terdapat juga sekeping gambar kemalangan membabitkan Nizar, di mana kereta Toyota Camry yang digunakannya terbabas setelah berlanggar dengan kereta lain.

Nga berkata penerangan gambar itu berbunyi, “Inilah apa yang berlaku ke atas ahli politik yang tidak menggunakan kereta rasmi Proton”.

[Baca berita lanjut]

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.