Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ezam percayai ada pemimpin PKR ikut jejak Zahrain
Diterbitkan:  Feb 15, 2010 2:55 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor percaya jejak langkah ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim keluar PKR, akan diikuti oleh pemimpin lain parti tersebut.

Katanya, tindakan Zahrain itu akan memberi kesan besar kepada parti itu kerana bekas pemimpin PKR Pulau Pinang itu amat rapat dengan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan Zahrain itu, tambah Ezam, sekaligus membawa tanggapan tindakan Zahrain tersebut berasaskan faktor yang kukuh.

"Saya ingin tegaskan Zahrain bukan calang-calang ahli politik, saya antara orang  yang terlibat menubuhkan PKR, saya tahu semua pemimpin PKR dan saya boleh nyatakan Zahrain  merupakan pemimpin PKR yang cukup matang, yang halus pertimbangan politiknya, yang  berprinsip dan cukup tajam dalam pengamatan realiti dan cabaran politik.

    

"Justeru apabila Zahrain membuat keputusan keluar parti, saya percaya ia memberi  kesan yang besar kepada parti PKR," katanya kepada pemberita selepas

 berucap di majlis  ceramah perdana di Jasin malam semalam.

Zahrain, yang jugas bekas pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada parti itu pada Jumaat lepas selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP.

- Bernama

ADS