mk-logo
Berita
Rombakan exco Kedah: PKR serah senarai baru
Diterbitkan:  Feb 24, 2010 11:43 AM
Dikemaskini: 2:26 PM

PKR menyerahkan senarai baru calon-calon untuk dilantik sebagai exco kerajaan Kedah untuk dipertimbangkan menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

selambau pkr pc 040409 saifuddin nasution telephone database "Pertukaran tersebut untuk meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan ia juga selari dengan janji kita untuk meningkatkan prestasi kerajaan negeri," kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution ( kiri ).

Undang-undang negeri mensyarakat pelantikan exco baru Kedah dibuat bulan depan.

Daripada 10 kerusi exco di negeri itu, tiga daripadanya diberikan kepada PKR. Mereka adalah M Manikumar (pelancongan dan hal ehwal masyarakat India), Lim Soo Nee (pelaburan dan hal ehwal masyarakat Siam) and Tan Wei Xu (Pengangkutan dan hal ehwal masyarakat Cina).

Antaranya ketika-tiga wakil rakyat itu, khabar angin bertip kencang bahawa Tan akan digugurkan, antanya berkaitan prestasi semasa beliau.

azizan abdul razak lim kit siang kedah dap issue pc 080709 08 Sementara itu, Bernama melaporkan, Azizan ( kanan, bersongkok ) berkata beberapa anggota exco ungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," beliau dipetik berkata kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada PKR.

Lagi berita seperti ini :
ADS
Paling Popular
Terkini
ADS