foreign minister anifah aman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 7 April untuk mendengar permohonan Menteri Luar Datuk Anifah Aman ( kanan ) dan kerajaan untuk mengetepikan saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap mereka.

Peguam Wan Anuar Shadat, yang mewakili Anwar, memberitahu media bahawa permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr Prasad Sandosham Abraham.

    

Tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor dalam kamar hari ini.

Pada 25 Mei 2009, Anwar memfailkan saman terhadap Anifah berhubung kenyataan beliau semasa sidang akhbar di Washington, pada 16 Mei 2009.

Beliau menamakan Anifah atas kapasiti peribadinya dan selaku Anggota Parlimen Kimanis sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga.

    

- Bernama