Isu BI: pergerakan pendidikan bahasa Tamil dakwa SJKT teraniaya
Sebuah pergerakan pendidikan Bahasa Tamil hari ini menyifatkan langkah kerajaan membelakangkan pandangan pertubuhan pendidikan dan ahli akademik berhubung isu dasar baru pendidikan merupakan satu 'penganiyaan' kepada pelajar sekolah Tamil termasuk di luar bandar.
Langkah kerajaan itu dibantah oleh golongan akademik dan pertubuhan pendidikan Cina, yang ragu dengan kesannya terhadap para pelajar apabila bahasa Inggeris digunakan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik.
Sebuah pergerakan pendidikan Bahasa Tamil hari ini menyifatkan langkah kerajaan membelakangkan pandangan pertubuhan pendidikan dan ahli akademik berhubung isu dasar baru pendidikan merupakan satu 'penganiyaan' kepada pelajar sekolah Tamil termasuk di luar bandar.
Langkah kerajaan itu dibantah oleh golongan akademik dan pertubuhan pendidikan Cina, yang ragu dengan kesannya terhadap para pelajar apabila bahasa Inggeris digunakan untuk mengajar matapelajaran Sains dan Matematik.
Mereka memberi reaksi itu berdasar jangkaan bahawa parti politik Cina dalam Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan SUPP , yang bermesyuarat petang ini, dijangka turut akur dengan cadangan kerajaan itu.
Mesyuarat yang dijadualkan berlangsung di Kementerian Pengangkutan mulai jam 3 petang ini juga akan menjadi titik-tolak halatuju dasar pendidikan di negara ini.
"Jika dilaksanakan juga, maka yang akan menjadi mangsanya ialah pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, termsuk di luar bandar, kerana sekolah mereka tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi dan guru yang baik," kata Presiden Yayasan Pembangunan dan Kajian Pendidikan Tamil Malaysia (DK), M Manogar.
Managor turut memberitahu malaysiakini bahawa pencapaian baik pelajar sekolah Tamil bagi dalam matapelajaran Sains dan Matematik akan terjejas kerana hampir keseluruhan pelajar sekolah aliran itu tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Pandangan pakar
Kebanyakan mereka adalah dari keluarga berpendapatan rendah serta berkomunikasi dalam bahasa Tamil di rumah, katanya.
"Adalah amat menyedihkan apabila halatuju dalam bidang pelajaran, yang bakal menentukan masa depan anak-anak di negara ini, dibuat oleh ahli-ahli politik, tanpa menghiraukan pandangan mereka yang arif dalam pendidikan," tambah beliau.
Sehubungan itu, beliau menolak sama sekali keputusan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu untuk menerima dasar baru pendidikan itu yang dijadual bermula tahun depan, selepas mengadakan perbincangan dengan para guru besar SJK Tamil Sabtu lalu.
Manogar juga mendakwa hanya guru besar yang memihak kepada MIC dijemput menghadiri perbincangan itu.
"Lagipun, tidak ada lagi kakitangan kerajaan yang berani menyatakan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan kerana telah menandatangani Akujanji, yang membolehkan tindakan diambil sekiranya menentang kerajaan," kata Manogar, yang turut hadir dalam pertemuan di PWTC tersebut.
Oleh itu, katanya, DK bersama kira-kira 40 NGO lain yang mewakili kaum itu, akan turut membuat penjelasan kepada masyarakat Tamil di negara ini berhubung isu tersebut.
Bukan isu politik
"Nampaknya kami tidak ada pilihan, melainkan bekerjasama dengan parti politik pembangkang kerana MIC tidak mahu mendengar pandangan kami.
"Bagaimanapun, kami melakukan ini bukanlah di atas dasar politik, kerana isu pendidikan ini tidak ada kena mengena dengan isu politik," jelas Manogar lagi.
Malah, katanya,ugutan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh kerajan, juga tidak akan melemahkan semangat mereka untuk mempertahankan nasib kaum Tamil di negara ini daripada teraniya.
Sementara itu, Prof Datuk Dr Zainal Kling dari Universiti Malaya, yang turut menandatangani memorandum yang dihantar oleh sekumpulan NGO Melayu dan Cina, kepada Perdana Menteri bertarikh 2 Julai lalu, berkata usaha kerajaan menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak lebih 30 tahun lalu adalah "sia-sia".
"Setelah ratusan jutaan ringgit dicurahkan untuk memperkayakan bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun, akhirkan ianya ia diruntuhkan juga.
"Satu hari nanti, bahasa Melayu hanya akan tinggal sebagai bahasa pertuturan harian dan tidak lagi menjadi bahasa yang boleh dikembangkan sebagai bahasa ilmu, terutamanya di dalam bidang sains dan matematik," katanya.
Jelajah negara
Bagaimanapun, Zainal menjangka pejuang bahasa dan pertubuhan yang memperjuangkan bahasa Melayu berkemungkinan tidak menyertai parti politik pembangkang menjelajah negera untuk memberi penerangan kepada orang ramai mengenai isu itu.
"Saya percaya, walaupuntidak bersetuju dengan dasar pendidikan baru ini, mereka akan mencari alternatif lain untuk mempertahan martabat bahasa Melayu," katanya.
Tokoh akademik ini turut mengakui kebanyakan murid akan menghadapi masalah besar dalam pelajaran mereka kerana kurang fasih berbahasa Inggeris sehingga menjejaskan pencapaian Sains dan Matematik.
Bila dihubungi, pengerusi Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Quek Suan Hiang, berkata beliau harus membuat perbincangan lanjut untuk menghadapi situasi ini.
Pergerakan itu dilihat sebagai lebih berhati-hati dalam menangani isu ini setelah dilabel sebagai "ekstremis"oleh Umno dan diugut tindakan ISA oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin.
Bagaimanapun, semalam, naib presiden Dong Zong, Dr Yap Sin Tian, yang mewakili Dong Jiao Zong, berkata pergerakan pendidikan Cina negara ini bersedia untuk bersama-sama dengan parti politik pembangkang dalam menjelaskan perkara ini kepada umum di seluruh negara.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.