Tindakan undang-undang tidak berkesan ke atas PAS: Dr Mahathir
Tindakan untuk mengatasi penyelewengan PAS melalui penggunaan tindakan undang-undang seperti Akta Dalam Negeri (ISA) tidak akan berkesan dan boleh menyebabkan rakyat menuduh kerajaan zalim dan kejam sekiranya mereka tidak mendapat penjelasan dan maklumat tepat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Dr Mahathir berkata usaha Radio Televisyen Malaysia (RTM) menayangkan rakaman video yang menunjukkan pembohongan pemimpin Pas adalah sebahagian daripada usaha penjelasan serta untuk mendedahkan pembohongan yang dibuat oleh pemimpin Pas semasa mereka berceramah politik
"Kita mesti menjelaskan kepada rakyat. Yang penting kita tidak buat sesuatu yang menyebabkan rakyat fikir kita ini tidak adil atau zalim. Kalau rakyat telah faham, tindakan (undang-undang) boleh diambil dengan mudah.
"Jadi dalam keadaan begini, kita tak boleh bertindak cuma melalui undang-undang saja. Tapi kita kena beri penjelasan supaya rakyat faham kenapa sesuatu tindakan diambil," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Terengganu hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan konvensyen Barisan Nasional Terengganu dan majlis pemimpin bersama rakyat di Marang dekat Kuala Terengganu.

Menurut laporan agensi berita nasional, Bernama , Dr Mahahtir berkata walaupun begitu, kerajaan sedar bahawa penjelasan itu sukar untuk diterima oleh sesetengah umat Islam kerana Pas telah berjaya mempengaruhi ramai daripada orang Melayu "sehingga bagi mereka yang putih dikatakan hitam, yang hitam dikatakan putih".
PUM bela Nik Aziz
Beliau juga mengkritik Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan menyifatkannya sebagai bukan badan ulama yang sebenar apabila bertindak membela Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggunakan istilah "samseng" bagi menggambarkan sifat Allah.
Minggu lalu, Yang Dipertua PUM Abdul Ghani Samsuddin menyokong Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, walaupun banyak pihak membidas Menteri Besar Kelantan itu kerana kenyataannya yang menggunakan istilah samseng bagi menggambar sifat Allah.
Dr Mahathir berkata tindakan PUM itu menyebabkan rakyat yang selama ini telah terhasut dengan dakyah PAS, menerima apa sahaja kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti itu.
"Kita tahu rakyat kita ini apabila telah terhasut dengan PAS, dia terima apa saja. Sampai kata Tuhan mencarut pun dia berani dan sanggup terima. Saya ingat kalau Nik Aziz kata macam begitu, orang semua lari daripada dia, rupanya tak. Ini yang saya hairan," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata pemimpin dan penyokong PAS, termasuk PUM berdosa besar apabila sanggup mempertahankan kenyataan Nik Aziz itu.
Katanya, PUM sebenarnya berpolitik dan "menjadi sebahagian daripada cawangan PAS" untuk mempengaruhi umat Islam negara ini.
"Sebab itu dia (PUM) sanggup kata kononnya Nik Aziz adalah rabbani.Bukan main lagi dinaikkan pangkat manusia yang mendakwa Tuhan mencarut, Tuhan gedebe, Tuhan samseng, Tuhan penjahat yang terbesar, orang ini dianggap oleh ulama dalam PUM sebagai rabbani.
Dakwaan membuat fitnah
"Nampak sudah gila betullah orang ini. Mereka patut jumpa doktor sakit otak kerana sudah lari begitu jauh daripada ajaran agama Islam," katanya.
Sebelum itu, dalam satu lagi sidang akhbar, Dr Mahathir berkata bekas anggota Parlimen Bachok, Bunyamin Yaakob, yang mendakwa Perdana Menteri menonton video lucah bersama cucunya, kini menyembunyikan diri bagi mengelak memberi kenyataan kepada polis dan ini menunjukkan dia bersalah.
Katanya, Bunyamin yang berdosa besar kerana membuat fitnah itu, sedar mengenai pembohongan yang dilakukannya itu hingga terpaksa bersembunyi.
"Sekarang jelas sekali dia melempar fitnah dan dia dah lari. Sekarang dia disuruh serah diri. Tetapi serah diri atau tak serah diri, hakikatnya ialah dia lari, dia lari bermakna dia salah.
Bunyamin, 56, ketika berceramah politik pada 15 Mac lalu di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di Pengkalan Chepa, Kelantan, mendakwa kononnya Dr Mahathir dan cucunya menonton video lucah.
Petikan ceramahnya itu disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia baru-baru ini dan susulan daripada itu, tiga aduan polis dibuat di sini, Pasir Mas (Kelantan) dan di Baling, Kedah.