Persempadanan semula: PAS terpaksa rangka strategi baru di Kedah
Cadangan persempadanan semula kawasan pilihanraya Parlimen dan Negeri khususnya di Kedah menyebabkan kepimpinan PAS negeri terpaksa mengkaji semula strateginya dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Menurut Ketua Penerangan PAS pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak, sebahagian besar kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merupakan kubu kuat PAS kini terjejas apabila dipecahkan, merangkumi kawasan baru.
Sebagai contohnya, kata beliau, sebahagian kawasan Parlimen Pokok Sena, yang kini diwakili Ketua Dewan Pemuda PAS, Mahfuz Omar, sudah dipecahkan dan kini diperluaskan merangkumi sebahagian kawasan bandar Alor Star.
Manakala bagi kawasan Parlimen Kuala Kedah pula, yang kini diwakili Ahli Majlis Tertinggi PAS, Mohamad Sabu, ini merangkumi sebahagian daripada kawasan Alor Merah.
Persempadan semula kawasan Parlimen Yan yang diwakili Setiausaha Agung PAS, Nasharuddin Mat Isa juga terjejas sokongan kuat yang diperolehi parti itu sebelum ini, katanya kepada malaysiakini hari ini.

Kemuka bantahan
"Kawasan kita kuat, sudah dilemahkan Kebanyakan kawasan Parlimen dan DUN dipecahkan, masuk sana, masuk sini. Ia juga turut membabitkan pentadbiran parti, kerana ada yang sudah masuk ke kawasan lain," katanya.
Johor mendahului negeri-negeri lain dengan mendapat tambahan enam Parlimen dan 14 DUN diikuti; Sabah (lima Parlimen, 12 DUN); Selangor (lima Parlimen, enam DUN); Pahang (tiga Parlimen, empat DUN); Pulau Pinang (dua Parlimen, tujuh 2 DUN); Perak (satu Parlimen, tujuh DUN); Negeri Sembilan (satu Parlimen, empat DUN); Melaka (satu Parlimen, tiga DUN); Kelantan (dua DUN) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur satu Parlimen.
Dengan itu jumlah kerusi Parlimen meningkat kepada 219 daripada 194 sekarang manakala kerusi DUN meningkat kepada 563 daripada 504 sekarang. Jumlah kerusi Parlimen dan negeri bagi Perlis, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak berubah.
Berikutan itu, kerusi Parlimen di Johor kini berjumlah 26, Sabah (25), Selangor (22), Pahang (14), Pulau Pinang (13), Perak (24), Negri Sembilan (8), Melaka (6), Wilayah Persekutuan (11).
Manakala jumlah kerusi DUN di Sabah kini berjumlah 60, Perak (59), Johor (54), Selangor (54), Kelantan (45), Pahang (42), Negri Sembilan (36), Penang (35) dan Melaka (28).
Mengulas lanjut mengenainya, Azizan, bagaimanapun yakin, pada keseluruhannya harapan PAS untuk mencapai kemenangan yang lebih besar dalam pilihanraya umum akan datang, masih tidak terjejas.
"Harapan kita di Kedah dan Perlis masih kuat. Begitulah lumrah politik yang berubah setiap masa. Kadang-kadang mungkin orang tak sokong kita, tetapi kemudian sokong balik. Ia bergantung kepada isu semasa.
"Contohnya, dalam pilihanraya kecil Anak Bukit dan Pendang baru-baru ini. Dalam pilihanraya umum yang lalu, PAS menang di Pedang, tetapi kalah dalam pilihanraya kecil yang lalu. Di Anak Bukit pula, PAS terus mengekal sokongan rakyat selepas memenangi kerusi itu pada 1999," katanya.
Kajian terperinci
Bagaimanapun, katanya, sebagai parti pembangkang, PAS menerima persempadanan semula itu, dan pihaknya sedang membuat kajian terperinci untuk mengenalpasti bantahan-bantahan yang akan dikemukakan kepada pihak SPR.
"Bagi kita, persempadanan semula itu memperlihatkan tanda-tanda bahawa Umno di Kedah tidak yakin lagi dengan sokongan orang Melayu, dan kini bergantung kepada pengundi bukan Melayu.
"Tetapi dengan timbulnya isu penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains, maka lagi sukarnya untuk Umno dan Barisan Nasional (BN) mendapatkan sokongan bukan Melayu dalam pilihanraya umum akan datang," tambahnya.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.