Isu bahasa: Pak Lah minta pemimpin parti Cina dalam BN cari penyelesaian
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menasihati pemimpin tertinggi parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) supaya mencari penyelesaian terbaik mengenai isu penggunaan bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik.
Menurut presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk M Kayveas, timbalan perdana menteri meminta agar pihak-pihak yang mempunyai pendirian berbeza mengenai isu ini agar dapat menyelesaikan perkara tersebut sesama sendiri demi kebaikan parti.
"Pak Lah mahukan (Presiden MCA) Datuk Seri Ling Liong Sik segera mengadakan perbincangan dengan parti-parti komponen Cina dalam BN," kata Kayveas kepada
malaysiakini
.
"Hasil perbincangan tersebut akan dimaklumkan kepada Kabinet untuk langkah selanjutnya," katanya
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai mesyuarat yang bermula jam 9 pagi tadi, yang dipengerusikan sendiri oleh timbalan perdana menteri di pejabat beliau di Putrajaya.

Kesemua pemimpin tertinggi parti yang hadir, juga enggan membuat sebarang ulasan kepada wartawan.
Pertemuan keempat
Kayveas, yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata satu jamuan makan malam melibatkan parti-parti komponen di dalam BN akan diadakan malam ini.
"Mungkin ada perbincangan mengenai isu ini, tetapi pertemuan malam ini bukanlah satu mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini," kata Kayveas.
Beliau menambah, PPP yang merupakan parti yang mewakili semua kaum di negara ini, akan turut hadir pada makan malam tersebut, yang dianggap pertemuan kali keempat parti komponen Cina berhubung isu bahasa Inggeris di sekolah Cina.
"Naib Presiden Kanan parti, Datuk PC Low akan mewakili parti di dalam perbincangan mengenai isu ini," kata Kayveas lagi.
Ditanya mengenai hubungan beliau dengan Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Ling Keng Yaik, Kayveas menjawab: "Sebenarnya tidak ada apa-apa yang serius antara kami... kami cuma pertikaikan isu dan bukannya ada perpecahan."
"Pagi tadi pun (semasa mesyuarat di Putrajaya) kami duduk bersebelahan," jelasnya.
Kelmarin, Kayveas menyarankan agar kerajaan menggantung parti Gerakan dari komponen BN kerana tidak mennyokong dasar pendidikan baru yang dijadualkan bermula di semua sekolah pada tahun hadapan.
Maklumat palsu
Bagaimanapun, Dr Lim mendakwa Kayveas telah memberi maklumat palsu dan mengelirukan mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Gerakan.
"Beliau (Kayveas) memberi maklumat mengelirukan kerana dia tidak faham tajuk. Yang saya katakan "kami mahu bahasa Inggeris diperbaiki, ya kepada dasar kerajaan untuk membaiki pengajaran matematik dan sains," kata Dr Lim, yang juga Menteri Perusahaan Utama, semalam.
"Namun, kami tidak berpendapat bahawa mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dalam bahasa Inggeris, dengan medium pengajaran dalam Bahasa Malaysia, China atau Tamil, akan mencapai objektif dalam memperbaiki standard bahasa Inggeris dan mata pelajaran Matematik dan Sains."
Dr Lim berkata Gerakan mencadangkan supaya bahasa ibunda digunakan sebagai perantara pengajaran di "semua sekolah rendah", dan pengajaran peristilahan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dimulakan dari Tahun Lima dan Enam.
Parti itu juga mencadangkan supaya pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dari Tahun Satu dimulakan pada tahun 2004.
Presiden Gerakan juga mendakwa bahawa Kayveas sebenarnya mempunyai agenda tersendiri, iaitu supaya PPP dapat menendang keluar parti itu dan seterusnya membolot kerusi mereka.
PPP tidak diberikan sebarang kerusi pada pilihanraya 1999, walaupun Kayveas mendakwa ia mempunyai keahlian yang besar.
Mengenai pendirian PPP di dalam isu bahasa Inggeris bagi Sains dan Matematik, Kayveas berkata parti tersebut menyokong penuh keputusan kerajaan.
Jumaat lalu, empat parti komponen utama di dalam BN, iaitu MCA, Gerakan, SUPP dan SAPP telah bermesyuarat dipejabat Dr Ling di Putrajaya, tetapi gagal mencapai persetujuan mengenai perkara ini.
Bagaimanapun, pemimpin tertinggi parti komponen Cina dalam BN bersetuju untuk melantik Dr Ling sebagai "jurucakap" di dalam isu ini.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.