Isu bahasa terus jadi tandatanya
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menemui pemimpin tertinggi parti-parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN) hari ini untuk mendengar penjelasan mereka berhubung isu penggunaan bahasa Inggeris bagi matapelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Perkara ini dijelaskan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Kabinet di Putrajaya tengahari tadi.
Menurut Dr Ling, pertemuan dengan perdana menteri itu turut dihadiri Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) George Chan, dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.
Bagaimanapun, malaysiakini difahamkan masih tidak ada pendirian yang jelas dibuat oleh pemimpin parti-parti komponen Cina dalam BN walaupun mereka telah bermesyuarat sebanyak empat kali.
"Perbincangan dengan perdana menteri pagi ini telah menghasilkan idea yang sangat bernas," kata Dr Ling, tetapi enggan mengulas lanjut hasil pertemuan dengan Dr Mahathir itu.

Peranan lebih serius
Dr Ling bagaimanapun menafikan laporan mukadepan akhbar Utusan Malaysia yang menyebut beliau telah diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, supaya memberikan penjelasan mengenai isu itu kepada pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong (DJZ).
Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, Dr Ling perlu memainkan "peranan lebih serius" dalam menangani isu pendidikan berkenaan..
"Mana datangnya sumber itu, saya pun tak tahu... ianya bukan begitu (seperti yang dilaporkan)," kata Dr Ling lagi.
Ditanya sama ada beliau berkemampuan untuk menyatukan pemimpin pelbagai parti yang mewakili kaum Cina, Ling berkata: "Perkara ini tidak perlu dijelaskan kepada umum. Ianya mestilah dibuat secara senyap tanpa laporan media."
"Hanya dengan cara ini, emosi dan politik dapat diketepikan untuk membolehkan perbincangan tertumpu kepada perkara akademik, pendidikan dan isu intelek," tambah Dr Ling, yang juga Menteri Pengangkutan.
Mesyuarat Kabinet
Mengenai hasil perbincangan antara pemimpin parti utama Cina dalam BN, selepas majlis makan malam semalam, Dr Ling berkata, tidak ada apa dari perbincangan tersebut dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri Naib Presiden Kanan PPP, Datuk PC Low, manakala Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghantar wakil.
"Kami sekadar makan malam, jadi tidak ada apa yang nak dibawa ke Kabinet," jelasnya.
Dr Ling dan pemimpin lain parti komponen Cina dalam BN juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan malam tadi.
Mesyuarat malam tadi menjadi tumpuan kerana ia diadakan selepas kelima-lima pemimpin parti utama Cina dalam BN mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Ahmad Badawi, mengenai isu itu, pada sebelah paginya.
Dalam pertemuan, Abdullah dilaporkan menasihati mereka yang mempunyai pendirian berbeza mengenai isu ini agar dapat menyelesaikan perkara tersebut sesama sendiri demi kebaikan parti.