DAP mahu kerajaan melaksankan Akta Penjagaan Ibu bapa 1996 yang diguna-pakai di Singapura demi menjamin masa depan ibu-bapa yang berusia di negara ini.

kulasegaran and suhakam and samy vellu maika 060407 maika Naib pengerusi DAP yang juga ketua negeri Perak, M Kulasegaran berkata undang-undang di Singapura itu membawa hukuman penjara enam bulan ke atas anak-anak yang menyebabkan ibu-bapa yang berusia mereka dalam keadaan terbiar.

Kulasegaran berkata konsep keluarga di negara ini semakin terancam berikutan ada sesetengah anak-anak yang tidak lagi menganggap ibu-bapa yang berusia itu sebahagian daripada keluarga mereka.

Sebagai contoh, katanya, jumlah mereka yang berusia yang ditinggalkan di rumah-rumah kebajikan dan juga di jalanan semakin menggusarkan.

pas youth flood help 261206 salahuddin with old folks Beliau juga mendakwa lebih menyedihkan apabila ada anak-anak yang tergamak menuduh ibu-bapa mereka sebagai kurang siuman dan menghantar mereka ke hospital sakit jiwa.

Menurut Kulasegaran, kerajaan juga perlu berperanan membekalkan makanan dan tempat tinggal kepada golongan yang berusia, termasuk menjaga kesihatan dan tahap mental mereka.

“Kerajaan juga perlu sentiasa membekalkan bantuan perubatan  kepada golongan berusia dengan menghantar doktor dan jururawat yang dilatih khas ke rumah orang-orang tua, baik yang dimiliki kerajaan mahupun swasta,” katanya.

[Baca berita penuh]