Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ibu bapa bergaji bawah RM1,500 dapat wang ehsan
Diterbitkan:  Mar 17, 2010 3:41 PM
Dikemaskini: 7:48 AM

Ibu bapa murid sekolah rendah dan menengah di Kelantan yang berpendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 layak menerima pengagihan wang ehsan yang akan dibahagikan mulai awal April depan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, selain itu, ibu bapa yang sudah menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) juga boleh dipertimbangkan.

"Mereka mungkin akan m oil world market 141008 04 enerima dua kali bantuan dalam setahun bagi meringankan beban saraan anak sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Machang, hari ini.

Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan lebih RM20 juta wang ehsan kepada Kelantan hasil perolehan gerudi minyak oleh Petronas di luar perairan Kelantan.

Ahad lepas, Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, wang berkenaan antara lain akan diagihkan kepada pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, kebakaran serta kemalangan serius.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS