Calon lelaki atau wanita sama sahaja, kata Dr Lo Lo
PAS perlu meletakkan calon terbaik, tidak kira lelaki atau wanita, untuk bertanding dalam sebarang pilihanraya, kata ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.
"Oleh itu, tidak timbul soal pemilihan calon lelaki atau wanita, kerana yang terbaik sahaja akan terpilih mewakili parti," katanya kepada
malaysiakini
.
Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berkata, PAS sedia memberikan kerusi kepada calon muslimat di Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang "sekiranya ada permintaan dan kemahuan" dari mereka.
Menurut Dr Lo' Lo', adalah terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perletakan calon wanita buat masa ini sehinggalah ada keperluan untuk berbuat demikian.
"Bila tiba masanya, kita akan melihat siapakah calon terbaik untuk sesuatu kawasan pilihanraya. Sekiranya, calon yang terbaik adalah wanita, maka kita calonkan wanita, dan begitulah sebaliknya," jelas beliau.
Sejajar dengan itu, Dr Lo' Lo' berkata Dewan Muslimat PAS akan mengemukakan nama calon wanita yang dianggap sesuai untuk dijadikan calon, tetapi akan tetap akur dengan pemilihan muktamad parti.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai tanggapan Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, bahawa "tidak mungkin wanita Kelantan mahu menjadi calon walaupun selepas 40 tahun" seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia hari ini.
Calon sesuai
Katanya, beliau tidak begitu arif dengan kedudukan muslimat PAS di Kelantan kerana tugas beliau adalah sebagai pemimpin pusat.
Belaiu menjelaskan PAS tidak akan menghadapi masalah untuk mendapatkan calon wanita kerana parti itu kini mempuyai ramai muslimat yang profesional dan berkaliber yang boleh diketengahkan.
"Sebenarnya, perletakan calon wanita ini bukanlah perkara baru kerana seawal 1959 lagi, calon PAS, Khadijah Sidek telah memenangi kerusi Parlimen Dungun," katanya.
Bagaimanapun, selepas itu, parti pembangkang terbesar negara itu tidak lagi meletakkan calon wanita untuk bertanding dalam pilihanraya seterusnya.
Sewaktu pilihanraya kecil Pending pada 18 Julai lalu, ketua dewan muslimat PAS Kedah, Wan Tom Wan Md Noor, dilaporkan berkata tiada calon wanita yang sesuai untuk dicalonkan bertanding di situ.
Bagaimanapun, kenyataan Wan Tom disangkal oleh Dr Lo' Lo' pada hari berikutnya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Barisan Nasional (BN) dijangka meletakkan lebih ramai calon wanita dalam pilihanraya umum akan datang sejajar dengan penambahan kawasan pilihanraya seperti yang dibayangkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik semalam.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.