Isu bahasa: Pemimpin tertinggi BA akan jelajah negara
Ketiga-tiga pemimpin tertinggi Barisan Alternatif (BA) akan menjelajah negera untuk menjelaskan kepada umum mengenai kecacatan dasar baru pendidikan negara berhubung penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik.
Naib presiden Keadilan, Azmin Ali (
kiri
), berkata presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden Keadilan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Syed Hussin Ali bersetuju melakukannnya kerana ia adalah satu isu penting.
"Perkara ini telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden BA yang baru diadakan," kata Azmin kepada malaysiakini .
Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, berkata BA memandang serius dasar kerajaan untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik kerana ianya bukanlah jalan penyelesaian terhadap kelemahan penguasaan bahasa tersebut.
Menurutnya, penjelajahan tersebut telahpun bermula di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur, Jumaat lalu, dengan berlangsungnya forum pendidikan yang membabitkan wakil-wakil BA, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Destinasi kami seterusnya adalah Pulau Pinang. Ini akan diikuti oleh negeri-negeri lain di pantai barat seperti Perak dan Melaka," jelas Azmin.

Bukan isu perkauman
Katanya, BA tidak gentar dengan ugutan kerajaan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan penangkapan tanpa bicara untuk mengekang penentangan terhadap isu itu, yang kononnya didakwa telah "dipolitikkan" oleh pembangkang.
Turut serta dalam penjelajahan itu, kata Azmin, ialah wakil NGO serta ahli akademik supaya umum mengetahui dengan jelas mengenai isu pendidikan itu, yang tidak mendapat laporan menyeluruh dari media utama yang dikuasai kerajaan.
Sebelum ini, kerajaan turut memberi amaran kepada pertubuhan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong dan penentang dasar baru pendidikan itu, yang bakal diperkenalkan tahun depan, bahawa kerajaan terpaksa menggunakan ISA sekiranya perkara ini dijadikan "isu perkauman".
"BA telah awal-awal lagi menjelaskan bahawa ini bukanlah isu perkauman, tetapi semata-mata isu pendidikan.
"Malahan, melalui isu ini, BA telah berjaya merapatkan lagi hubungan antara kaum kerana kesemuanya menentang dasar yang dibuat secara tergesa-gesa itu," kata Azmin lagi.
Menurutnya, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk menarik balik cadangan itu selepas mendengar maklumbalas dari pertubuhan pendidikan, ahli akademik dan NGO.
Dengar maklumbalas pakar
"Sekiranya Dr Mahathir seorang pemimpin kerajaan yang bertanggungjawab, beliau tidak seharusnya berasa malu untuk menarik balik hasratnya sekiranya ianya tidak diterima umum," tegas Azmin.
Selain itu, katanya, Dr Mahathir juga tidak perlu berasa malu untuk mengakui kesilapan sekiranya beliau mendapati perencanaannya berhubung isu pendirikan itusalah, dan seterusnya menarik balik hasratnya tersebut.
"Pihak pembangkang tidak sesekali berkecil hati sekiranya pandangan kami mengenai perkara ini tidak diambil kira, tetapi tolonglah dengar maklumbalas dari pakar bahasa, pergerakan pendidikan dan ahli akademik," tegas Azmin lagi.
Azmin berkata, BA bimbang sekiranya pelaksanaan yang dibuat secara tergesa-gesa hari ini akan memberikan kesan yang negatif kepada generasi yang akan datang.
Minggu lalu, perdana menteri berkata kerajaan akan terus melaksanakan dasar baru pendidikan tersebut, dan buat masa hanya sedang memikirkan bagaimanakah ianya dapat dilaksanakan.
Cadangan penggunaan bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik mendapat tentangan pihak pelbagai kaum di negara ini, walaupun mereka bersetuju pentingnya meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat di negara ini.
Mereka bimbang pencapaian pelajar bagi matapelajaran Sains dan Matematik akan turut menjunam semata-mata kerana gagal memahami kandungan pelajaran kerana sukar belajar di dalam bahasa yang bukannya bahasa ibunda masing-masing.