Adun PAS dakwa Langkawi mungkin dijadikan WP, MB Kedah nafi
Kegagalan kerajaan negeri Kedah untuk memenangi pilihanraya kecil Anak Bukit, Kedah bulan lalu bagi mendapatkan semula majoriti dua pertiga, telah menimbulkan semula desas-desus bahawa kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai sebuah lagi Wilayah Persekutuan.
Ini berikutan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan, Amiruddin Hamzah bahawa keputusan pilihanraya kecil Anak Bukit, yang memihak kepada PAS, telah menyelamatkan pulau berkenaan daripada dijadikan Wilayah Persekutuan keempat selepas Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Dakwaan Amiruddin mengenai perkara ini, yang dibuat ketika berceramah di Muassasah Darul Ulum, di Pokok Sena, baru-baru ini, turut dilaporkan oleh buletin PAS Kedah Fitrah , keluaran Ogos 2002.
Kata Amiruddin, majoriti dua pertiga diperlukan di DUN Kedah untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Kedah, sekiranya kerajaan BN berhasrat berbuat demikian.
Sementara itu, ketika dihubungi malaysiakini , Amiruddin berkata: "Walaupun maklumat tersebut tidak begitu sahih dan hanya desas-desus di kalangan umum, tetapi saya percaya ia mempunyai logik yang kukuh."
Menurutnya, Langkawi yang dibangunkan sebagai pusat pelancongan terkenal serta bebas cukai, mungkin terlepas dari milik kerajaan negeri Kedah sekiranya ia dijadikan Wilayah Persekutuan.

MB tolak dakwaan
"Baru-baru ini kita lihat bagaimana Putrajaya dengan mudahnya dijadikan Wilayah Persekutuan yang ketiga (selepas Kuala Lumpur dan Labuan) kerana kerajaan negeri Selangor mempunyai majoriti dua pertiga di DUN," jelas Amiruddin.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Syed Razak Syed Zin, ketika dihubungi malaysiakini hari ini menolak dakwaan itu serta menegaskan bahawa kerajaan negeri dan pusat tidak pernah berbincang mengenainya.
Beliau mengakui kerajaan persekutuan telah mewujudkan pelbagai prasarana di pulau lagenda tersebut, dan berbilion ringgit telah dicurahkan untuk tujuan pembangunan, tetapi ia tidak bermakna Langkawi akan dijadikan Wilayah Persekutuan.
"Dulu, kerajaan melakukan perkara yang sama di Pulau Pinang, tetapi ianya tidak pula dijadikan Wilayah Persekutuan.
"Bagi saya, tidak ada logik dan tidak ada sebab untuk menjadikan Langkawi sebuah Wilayah Persekutuan dan dakwaan pembangkang tersebut hanyalah semata-mata untuk mengelirukan rakyat," tegas menteri besar lagi.
PAS berpendapat sekiranya pulau itu dijadikan sebuah Wilayah Persekutuan, rakyat Kedah akan kerugian sebagaimana yang berlaku ketika Putrajaya diisytiharkan sebagai kawasan persekutuan pada Feb 1, 2001.
Pampasan terlalu kecil
Walaupun mendapat tentangan hebat pembangkang yang mendakwa ianya merugikan rakyat negeri Selangor, pelaksanaannya diteruskan juga kerana BN mempunyai majoriti yang besar di DUN Selangor.
Sebelum ini, pihak pembangkang telah mempertikaikan pengambilan wilayah yang melibatkan 4,931 hektar persegi dengan bayaran pampasan RM200 juta tunai dan RM7.5 juta setiap tahun untuk selama-lamanya.
Putrajaya dibangunkan menerusi dua fasa dalam tempoh 10 tahun. Fasa pertama termasuk pembangunan prasarana, bernilai RM9 bilion yang dilaksanakan antara 1996 dan 2000.
Fasa kedua dari tahun 2000 hingga 2005 membabitkan kemudahan komersil bernilai RM11.5 bilion, meliputi kawasan seluas 1,870 hektar.
Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga bersetuju membiayai projek pembangunan bagi memajukan kawasan kampung di pinggir Putrajaya dan Cyberjaya di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dengan peruntukan RM800 juta.
Pihak pembangkang juga mempertikaikan jumlah pampasan yang dibayar yang dianggap terlalu kecil berbanding dengan nilai sebenar hartanah masakini.
Dalam pilihanraya kecil Anak Bukit yang lalu, Amiruddin berjaya mempertahan kerusi yang pernah diwakili presiden PAS, Datuk Fadzil Nor, dengan menewaskan calon BN Datuk Zakaria Said dengan kelebihan 508 undi.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.