Pencalonan Mastina tanda bantahan terhadap kepimpinan Azalina
Walaupun peluang bekas ketua penerangan Puteri Umno, Mastina Alias untuk menewaskan Azalina Othman Said bagi jawatan ketua pergerakan itu adalah tipis tetapi pencalonannya lebih merupakan tanda bantahan sesetengah ahli Umno terhadap kepimpinan sekarang.
Bagaimanapun, menurut seorang bekas exco pergerakan itu, yang tidak mahu namanya disebut, Mastina (foto) yang juga bekas exco Puteri Umno, memang berkelayakan dicalon bertanding jawatan tertinggi sayap termuda dalam Umno itu.
"Ini berdasarkan penglibatannya dalam Umno, yang jauh lebih awal dari Azalina sendiri. Mastina merupakan salah seorang pemimpin Umno di London semasa menuntut di sana, manakala Azalina merupakan bidan terjun dalam politik Umno," kata bekas exco itu lagi.
Katanya, Mastina mungkin lebih dikenali oleh ahli pergerakan Pemuda dan Wanita Umno, selain di kalangan ahli Puteri Umno sendiri. Mesyuarat bahagian Puteri Umno bermula 16 Sept ini.

Penentang Azalina
Bagaimanapun, beliau mengakui Mastina tidak bergiat aktif dalam Puteri Umno kerana tidak sehaluan dengan cara kepimpinan Azalina.
"Walaupun pergolakan dalam Puteri Umno nampaknya reda akhir-akhir ini, ia tidak bermakna tiada lagi penentang Azalina dalam barisan exco yang sedia ada," tambahnya.
Malah, beliau mendakwa ramai ahli Puteri Umno di peringkat akar umbi yang tidak berapa senang dengan kepimpinan Azalina yang telah dikaitkan dengan masalah moral.
"Sebenarnya, mereka ini masih terus kekal dalam pergerakan kerana sayangkan Puteri Umno walaupun jelas tidak bersetuju dengan pemimpin Azalina," tegasnya lagi.
Sementara itu, exco Puteri Umno, Norzalizah Alias, menegaskan bahawa pihaknya yakin tidak akan berlaku sebarang perpecahan di kalangan ahli pergerakan itu apabila mesyuarat peringkat bahagian pergerakan itu bermula pertengahan bulan ini.
Tiada perpecahan
"Pertandingan bagi pimpinan Puteri Umno ini menggambarkan bahawa pergerakan ini bersikap demokratik dan tiada sebab kenapa ahli-ahli untuk berpecah-belah," Norzalizah kepada malaysiakini.
Semalam, Azalina dilaporkan berkata beliau menerima sebarang pertandingan dengan tangan yang terbuka.
Bagaimanapun, usaha malaysiakini untuk menghubungi Azalina dan Mastina untuk penjelasan lanjut hari ini tidak berhasil.
Isu moral yang membabitkan Azalina tercetus April lalu apabila akhbar tabloid Perdana Sari yang diterbitkan oleh Khalid Jaffri mendakwa pemimpin Puteri Umno itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang isteri kepada tokoh perniagaan terkenal.
Khalid yang menjadi popular selepas menulis buku ' 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri ' juga mendakwa Azalina menyalahgunakan RM300,000 dari tabung pergerakan itu untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya itu.
Bagaimanapun, Azalina tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap dakwaan Khalid, sepertimana yang dilakukan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merengkok di dalam penjara untuk 15 tahun selepas didapati bersalah bagi kesalahan rasuah dan liwat.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.