Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang pertama meskipun sebelum ini menerima beberapa tamparan terhadap imej NGO itu.

Minggu lalu, tetamu kehormat yang diundang ke AGM Perkasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menolak jemputan berkenaan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membuat pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

perkasa first agm 270310 crowd Tindakan yang sama diambil oleh beberapa Ketua Pegawai Eksekutif daripada syarikat yang berkepentingan kerajaan (GLC) selang beberapa hari kemudian.

Namun semua itu, tidak mematahkan semangat presidennya, datuk Ibrahim Ali daripada meneruskan agenda perjuangan Melayu dengan kehadiran tidak kurang 4,000 ahli dan tetamu hari ini.

Sebagai ganti, bekas Perdana Menteri diundang khas merasmikan AGM Perkasa dan kemudiannya dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama.

perkasa first agm 270310 report police agaist anwar 02 Selepas majlis perasmian, Perkasa kemudiannya membuat 13 laporan polis terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu “16 September” yangdidakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan sokongan politik.

Kira-kira 50 anggota pertubuhan itu sebelumnya berarak daripada PWTC di ibu negara ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul.

Menurut ketua Wiranya Arman Azhar, 13 laporan itu dibuat terhadap ketua umum PKR itu secara berasingan oleh wakil Perkasa daripada 13 negeri di seluruh negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut tengah hari tadi, Arman berkata, mereka membuat laporan tersebut bagi “mempertahankan institusi raja-raja Melayu.”

Beliau juga mempersoalkan kenapakah polis tidak mengambil tindakan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu sedangkan telah banyak laporan dibuat terhadapnya.

perkasa first agm 270310 report police agaist anwar “Apa beza antara Anwar dan rakyat Malaysia yang lain?” soalnya yang berpakaian Melayu lengkap dengan bersamping dan bersongkok.

Bekas ahli parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebelum ini dilaporkan berkata Anwar menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan pasukan tentera dalam usaha membentuk kerajaaan Pakatan Rakyat.

Arman berkata, dalam laporan yang sama juga, Perkasa juga membuat laporan terhadap penyebaran VCD ulama terkenal Dr Yusof Qardawi yang mengulas isu tuduhan liwat terhadap Anwar.

Laporan itu turut meminta polis menyiasat penyebaran surat yang ditandatangai oleh setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan tuduhan terhadap Anwar adalah fitnah.

Menurut Arman, tindakan tersebut mengganggu proses mahkamah yang masih berlangsung.

ADS