Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
News
Pelantikan TPM: Najib hanya berdiam diri
Published:  Aug 30, 2002 9:07 AM
Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM

Naib presiden Umno, Seri Najib Tun Razak enggan membuat sebarang ulasan berhubung soal siapa bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih jawatan perdana menteri kelak.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah membayangkan kemungkinan Najib dipilih menggantikan tempat Abdullah sebagai timbalan perdana menteri, apabila beliau berundur selepas tempoh peralihan kuasa Oktober tahun depan.

Menurut laporan agensi berita nasional, Bernama , Najib berkata tindakannya berdiam diri adalah langkah terbaik berhubung perkara itu.

"Lagi diam lagi bagus," katanya sambil tersenyum ketika ditanya pemberita mengenai isu siapa bakal menjadi jawatan timbalan kepada Abdullah kelak.

Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata Abdullah berpegang kepada kata-katanya untuk menamakan timbalan beliau (Abdullah) selepas mengambil alih jawatan itu tahun depan.

Imej bersih

"Sebenarnya beliau tidak berkata bila atau selepas berapa hari atau bulan dan dia tidak memungkiri janjinya," kata Dr Mahathir ketika menjawab soalan wartawan Jepun yang bertanyakan perkara itu dalam satu majlis di Pulau Pinang Selasa lalu.

Abdullah sebelum ini pernah berjanji untuk mengumumkan siapa timbalannya selepas dua pilihan raya kecil di Kedah bulan lalu.

Najib, yang juga Menteri Pertahanan, ketika ditanya pemberita berkenaan perkara itu berikutan namanya disebut-sebut sebelum ini untuk jawatan itu berkata; "Tak nak komen, elok lagi diam lagi bagus."

Ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan ada pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam Puteri Umno, Najib berkata: "Ahli Puteri perlu patuh pada etika dan kita jadikan Puteri ini sebagai satu organisasi yang mencerminkan imej yang sebersih mungkin dan tidak dinodai amalan buruk seperti salahguna kuasa dan politik wang."

Akhbar semalam melaporkan bahawa bekas Ketua Penerangan Puteri Umno, Mastina Abdul Hamid, berminat untuk mencabar ketua penaja pergerakan itu Azalina Othman Said pada pemilihan pergerakan itu November ini.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS