BERITA Malaysiakini

HRP sahkan tak akan tanding di Hulu S'gor

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Parti Hak Assasi Manusia (HRP) hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

waytha sue libel 311209 uthaya Menurut setiausaha agung penaja parti itu, P Uthayakumar, keputusan berkenaan dicapai kerana HRP menyedari bahawa tidak mungkin mereka memenangi kerusi itu kerana jumlah pengundi India yang tidak ramai.

“Pembabitan HRP dalam pilihan raya kecil ini akan hanya memberi kelebihan sama ada kepada Pakatan Rakayat atau Barisan Nasional. Kami tidak mahu memberi kelebihan kepada mana-mana gabungan kerana mereka tidak berhak menerimanya.

“Kami tidak perlu menguji kekuatan di kalangan penyokong, mahupun menunjukkan potensi. Kami tahu kekuatan kami berdasarkan sokongan yang diterima dari seluruh negara.

azlan “Kami juga sedar bahawa HRP adalah kuasa baru dalam gelangang politik Malaysia dan kami tidak akan terburu-buru,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut HRP lagi, Pakatan Rakyat dan kerajaan BN masing-masing gagal membuktikan dasar yang mampu menyelesaikan masalah masyarakat India yang miskin.

“Kami berpendapat yang kedua-dua gabungan itu gagal membuat perubahaan terhadap kehidupan masyarakat India,’ katanya.

Menurut HRP, strategi parti itu adalah untuk menawan 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi undangan negeri pada pilihan raya umum ke-13 akan datang bagi memastikan masyarakat India tidak terus dicengkam kemiskinan.

[Baca berita penuh]