Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Apco terus nafi bekerja dengan rejim Israel
Diterbitkan:  Mar 31, 2010 9:49 AM
Dikemaskini: 1:53 AM

Perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan rejim Israel atau membantu mencipta konsep 1Malaysia sebagaimana didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.  

NONE "Dakwaan yang diulangi terhadap Apco Worldwide pagi semalam di Parlimen Malaysia adalah tidak benar. Apco Worldwide tidak bekerja untuk rejim Israel. Kami tidak mereka konsep 1Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, lewat petang semalam.

Pada 18 Mac lalu, Apco Worldwide menafikan dakwaan yang sama yang dibuat oleh Anwar itu.

Semalam,  Anwar pada sidang Dewan Rakyat menggesa kerajaan menarik balik kontraknya dengan Apco Worldwide dan menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja untuk menyiasat firma itu, dengan mendakwa ia membawa risiko terhadap keselamatan nasional.  

NONE Anwar menimbulkan isu Apco itu ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat berikutan usul Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) supaya beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa bahawa konsep 1Malaysia diciplak dari slogan "One Israel" yang beliau kaitkan dengan Apco Worldwide.  

    

Menurut Apco: "Dalam tugas kami selaku perunding komunikasi, kami tidak terlibat dalam penggubalan dasar tetapi dalam penyediaan maklumat yang kerajaan ingin perkongsikan dengan orang awam".  

"Kami bekerja dengan kerajaan-kerajaan yang sedia mendapatkan nasihat kami mengenai ketelusan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Kami rasa terhormat dapat terus bekerja dengan kerajaan Malaysia," katanya.

   

ADS