Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM: Iktiraf bangsa dulu tak canggah 1M'sia
Diterbitkan:  Apr 1, 2010 12:30 PM
Dikemaskini: 7:00 AM

Konsep 1Malaysia tidak bercanggah jika seseorang menganggap dirinya Melayu atau Cina, terlebih dahulu.

NONE Justeru, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kenyataan timbalannya bahawa bahawa beliau (Muhyiddin) "seorang Melayu" tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

"Apa yang beliau katakan selaras dengan perlembagaan yang menyebut mengenai kaum asal kita. Tapi beliau juga berkata beliau komited kepada 1Malaysia.

"Jadi, saya tidak nampak itu sebagai satu percanggahan. Takkanlah kerana menjadi seorang Melayu, kita menentang 1Malaysia atau kita tidak berfikiran sebagai seorang rakyat Malaysia.

"Begitu juga, jika kita seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, itu tidak bermakna kita tidak berfikiran seperti seorang rakyat Malaysia atau tidak menerima konsep 1Malaysia," katanya kepada Bernama .

NONE Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Muhyiddin mengakui bahawa dia “adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu dia bukan rakyat Malaysia.

Beliau membuat penjelasan itu sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Lim mendakwa pendirian timbalan perdana menteri bercanggah dengan tuntutan 1Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu juga mempersoalkan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin  menyebabkan pertikaman lidah kedua-dua mereka sebelum ini.

Muhyiddin juga semalam membidas Lim yang didakwa berniat jahat dan mahu menjejaskan hubungannya dengan Najib.

ADS