PAS lancar ceramah serentak di Kelantan untuk bela Nik Aziz
PAS akan mengadakan ceramah serentak di seluruh Kelantan pada 7 Sept ini bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggunakan perkataan 'samseng' terhadap Allah.
Setiausaha agung PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, berkata seluruh kepimpinan tertinggi PAS akan menyertai ceramah itu bertujuan membela Nik Aziz daripada tuduhan bahawa beliau telah menghina Allah dengan menggunakan istilah 'samseng'.
"Saya sendiri akan berceramah bersama Tok Guru Nik Aziz di Kuala Krai pada hari tersebut. Manakala pemimpin PAS yang lain akan berceramah di tempat lain di Kelantan pada malam yang sama," katanya kepada
malaysiakini
hari ini.
Ustaz Nasharuddin yang juga ahli Parlimen Yan, berkata, ianya diadakan bagi menafikan dakwaan Umno bahawa Nik Aziz keseorangan dalam menghadapi isu itu dan tidak mendapat sokongan daripada kepimpinan tertinggi PAS yang lain.
Isu penggunaan 'samseng' oleh Nik Aziz, telah digembar-gemburkan oleh kepimpinan Umno, yang turut menggunakan RTM untuk menyiarkan video klip ucapan menteri besar Kelantan itu.

Makna sebenar samseng
Penyiaran video klip itu disusuli dengan temuramah RTM dengan ahli-ahli agama yang menyifatkan tindakan Nik Aziz itu telah menghina Allah.
Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal Islam, dan Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Abdul Hamid Othman, telah menggesa Nik Aziz supaya bertaubat kerana menyamakan Allah dengan sifat samseng.
Mengulas mengenainya, Ustaz Nasharuddin berkata, dalam ceramah itu, yang akan turut menyentuh pelbagai isu semasa, pemimpin PAS akan menjelaskan kepada rakyat mengenai makna sebenar 'samseng' yang dimaksudkan oleh Nik Aziz.
Beliau berkata, para penceramah juga akan menjelaskan banyak lagi perkataan lain yang sering digunakan oleh anggota masyarakat, termasuk yang menyamai maksud 'samseng'.
Bagaimanapun, katanya, apabila ianya digunakan oleh Nik Aziz, ianya terus digembar-gemburkan oleh pihak lawan untuk memberi gambaran seolah-olah mursyidul am PAS itu, telah menghina Allah apabila ia berbuat demikian.
Perkataan anti-syariah
"Mereka beranggap sedemikian kerana hujah-hujah mereka ini tidak bersandarkan kepada ilmu. Begitu jugalah apabila pemimpin Umno menyamakan PAS dengan al-Arqam," katanya.
Malah, kata Ustaz Nasharuddin, ada di kalangan pemimpin Umno yang menuturkan perkataan yang boleh dianggap 'anti-syariah' tetapi mereka tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
"Ini semua akan kita jelaskan kepada rakyat supaya mereka memahami kedudukan sebenarnya, dan tidak terpengaruh dengan usaha Umno untuk memburuk-burukkan pemimpin PAS," tambahnya.
Semalam, Ketua Siasatan Jenayah Kelantan, Abdul Rahim Jani berkata pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kenyataan Nik Aziz yang mendakwa Allah itu samseng, berikutan aduan polis oleh seorang peniaga di Baling.
Katanya, siasatan itu akan mengambilkira semua aspek berkaitan dengan dakwaan tersebut.
Aduan baru
Sementara itu, satu lagi aduan polis dibuat terhadap Nik Aziz oleh seorang pesara guru agama di Kota Bharu hari ini. Daud Tahir, 70, dari Kampung Padang Bemban, Banggu, Kelantan, membuat aduan itu di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu, dengan diiringi kira-kira 30 rakannya.
Daud memberitahu pemberita, aduan itu dibuat berdasarkan kepada kenyataan Nik Aziz dalam satu ceramah di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) yang kemudiannya disiarkan oleh RTM kerana bimbang ia boleh memberi kesan negatif terhadap masyarakat, terutama kanak-kanak.
Khamis lepas seorang ahli perniagaan Mat Zanu Teh, 62, telah membuat laporan polis di Balai Polis Baling, Kedah berhubung kenyataan Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.