Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendakwa pembangkang cuba mengeksploitasi isu berhubung pelantikan  ketua polis negara.

azlan Katanya, polemik itu sengaja ditimbulkan  Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor) dan menambah, usaha untuk melaga-lagakan beliau dengan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa  Hassan itu hanyalah satu "angan-angan" pembangkang.

Menurutnya, Lim sebelum ini meramalkan  hubungan beliau dengan Musa dalam  keadaan "bermasalah" dan turut menyebut mengenai isu  penggantungan lesen akhbar China Press.

Lim, dakwanya, juga cuba melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hishammuddin juga terus diasak dengan soalan dari Lim yang mahukan penjelasan berhubung pelantikan KPN yang  baru.

Sehubung NONE an itu, kata Hishammuddin, pelantikan berkenaan akan dicadangkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis dan nama-nama berkenaan akan  diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, dengan nasihat perdana  menteri.

Beliau kemudiannya terus diasak oleh Lim yang mahukan  penjelasan sama ada suruhanjaya berkenaan telah bermesyuarat bagi mencadangkan nama-nama berkenaan.

Hishammuddin kemudian sekadar berkata, beberapa orang  pegawai kanan PDRM akan bersara tahun ini.

"Dalam pendirian dan hemah saya, saya lihat siapa yang sesuai untuk  (penuhi jawatan KPN) akan diambil kira, tapi tidak belakangkan  saluran sedia ada," tegasnya.

Lim juga memb chinapress reported musa hassan quits 130310 angkitkan soal 'pihak ketiga' yang disebut oleh  Musa dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia  dan bertanya sama ada kekosongan jawatan KPN itu benar-benar  wujud.

Dalam jawapan balasnya, Hishammuddin berkata  Lim cuba untuk menyesuaikan perbahasan itu mengikut seleranya.

Tambahnya, isu itu juga timbul ekoran daripada laporan akhbar China Press.

"Laporan China Press itu tidak benar," katanya.