Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Imam terpilih di Kedah dipaksa isi borang bersara'
Diterbitkan:  Apr 5, 2010 3:25 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah mendakwa bahawa sekumpulan imam, bilal dan siak di negeri itu, dipaksa mengisi borang permohonan persaraan (M4)oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

    

Menyifatkan tindakan itu bermotifkan politik, Ahmad Bashah berkata perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh individu yang terlibat.

    

"Saya difahamkan hanya pegawai-pegawai masjid tertentu yang diminta mengisi borang M4 yang dikeluarkan JAIK sejak seminggu lepas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek pinjaman Tabung Ekonomi Usahawan  Nasional (Tekun) bagi kawasan Parlimen Alor Setar, Kuala Kedah dan Pendang.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu tidak pernah berlaku sepanjang Kedah ditadbir oleh BN memandangkan lantikan dibuat atas perkenan

Sultan Kedah.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku. Imam, bilal dan siak yang berkhidmat sekarang masih mampu memberikan khidmat mereka. Mereka sewajarnya dibiarkan untuk bersara secara sukarela, bukan dengan paksaan," katanya.

    

Beliau seterusnya meminta JAIK agar menimbang semula tindakan itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS