Azalina turun padang untuk nilai sokongan akar umbi
Langkah ketua penaja Puteri Umno Azalina Othman Said melawat negeri-negeri menjelang pemilihan peringkat bahagian pergerakan itu mulai pertengahan bulan ini, dipercayai untuk menilai sendiri sokongan sebenar ahli akar umbi kepada kepimpinannya.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Umno, Azalina memandang serius terhadap kemungkinan beliau benar-benar dicabar oleh bekas exco pergerakan itu, Mastina Alias, yang telahpun menyatakan kesediaannya untuk dicalon bagi jawatan itu.
Walaupun peluang untuk Mastina menewaskan Azalina adalah tipis, tetapi pencalonannya lebih dianggap merupakan tanda bantahan sesetengah ahli Umno terhadap kepimpinan sekarang.
Lagi pula, kata sumber-sumber itu, Mastina lebih dikenali oleh ahli pergerakan Pemuda dan Wanita Umno, selain di kalangan ahli Puteri Umno sendiri, kerana penglibatannya dalam Umno adalah lebih awal dari Azalina sendiri, khususnya ketika menuntut di London.

"Walaupun Azalina menafikan yang lawatannya itu bertujuan mencari pengaruh dan sokongan bagi pemilihan dalam perhimpunan Puteri Umno November ini, tetapi ada desas-desus yang mengatakan beliau mahu meninjau sendiri sokongan terhadap kepimpinannya.
"Azalina jelas menggunakan peluang itu untuk mengeratkan hubungan dengan pengerusi perhubungan Umno negeri-negeri, bahagian dan cawangannya, di seluruh negeri," katanya.
Sejak seminggu lalu, beberapa pemimpin tertinggi Umno, termasuk dua naib presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib, telah menasihatkan para ahli Puteri Umno supaya mengelak berlaku perebutan bagi pemilihan pucuk pimpinan pergerakan itu Oktober ini.
Menyusun strategi
"Sekiranya, Azalina tidak mempunyai sebarang masalah, mengapa pula perlunya kedua-dua pemimpin tertinggi Umno itu menyatakan sokongan mereka, walaupun secara tidak langsung, kepada Azalina," tambah sumber-sumber itu lagi.
Ketika ditemui wartawan, Azalina berkata, ia mendapatkan pandangan berhubung perjalanan Puteri Umno di negeri-negeri di samping menyusun strategi bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Azalina juga berkata sejak awal penubuhan Puteri Umno lagi, pergerakan itu mengamalkan konsep itu dan mengemukakan laporannya setiap dua minggu kepada pejabat Umno Pusat.
Isu moral yang membabitkan Azalina tercetus April lalu apabila akhbar tabloid Perdana Sari yang diterbitkan oleh Khalid Jaffri mendakwa pemimpin Puteri Umno itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang isteri kepada tokoh perniagaan terkenal.
Khalid yang menjadi popular selepas menulis buku '' 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri '' juga mendakwa Azalina menyalahgunakan RM300,000 dari tabung pergerakan itu untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya itu.
Bagaimanapun, Azalina tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap dakwaan Khalid, sepertimana yang dilakukan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merengkok di dalam penjara untuk 15 tahun selepas didapati bersalah bagi kesalahan rasuah dan liwat.