Majlis Fatwa minta hentikan hina Allah, rasul, sesama manusia
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam meminta semua pihak menghentikan sebarang ucapan, penggunaan bahasa serta penulisan yang menghina Allah, Rasulullah serta terhadap sesama manusia.
Pengerusinya Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas jawatankuasa itu hari ini ekoran mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-194 pada 4 Julai lalu berhubung memorandum Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengenai tuduhan menghina Islam, memperkecilkan Rasulullah dan ulama oleh beberapa penulis dan media.
Beliau berkata, muzakarah hari ini juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sekiranya masih terdapat ucapan, penggunaan bahasa serta penulisan yang mencemarkan kesucian Islam.
"Akhir-akhir ini masyarakat kita telah dilanda pelbagai gejala yang membawa kekeliruan pemikiran, mencetuskan permusuhan antara umat Islam dan kadang-kala mencemarkan imej Islam yang ditimbulkan menerusi pengucapan, bahasa dan penulisan yang menghina manusia, Rasulullah dan Tuhan sendiri," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.
"Yang ini hukumnya jelas, ada undang-undang dalam agama yang tidak boleh dilanggar, jadi kita nasihatkan semua orang supaya menghormati undang-undang itu," katanya.
Sebelum ini, pemimpin Umno telah menuduh mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menghina Allah apabila beliau membuat kiasan yang seolah-olah menamakan Allah itu samseng.
Berikutan itu, dua laporan polis telah dibuat terhadap Nik Aziz di balai polis Baling, Kedah dan yang terbaru di Kota Bharu.
Lanjutannya, PAS akan mengadakan ceramah serentak di seluruh Kelantan pada malam Sabtu ini bagi menerangkan kepada rakyat maksud sebenar kenyataan Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan.
Menurutnya, fatwa tidak semestinya sesuatu yang bersifat hukuman tetapi boleh juga dalam bentuk nasihat dan perlu disampaikan dengan baik kepada semua pihak.

Menghormati undang-undang
Menurut Dr Ismail lagi, Allah mempunyai sifat-sifat yang sempurna dan suci daripada kelemahan dan sebarang sifat seperti makhluk.
"Dalam memanggil sifat dan nama tuhan, kita harus memelihara batas bahasa dan budaya kita terutama bila menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu," katanya.
Menurutnya, Rasululllah pula bersifat "maksum" manakala manusia sebagai makhluk Allah perlu dihormati oleh sesama manusia.
Dr Ismail percaya isu perpecahan dan perpaduan umat Islam serta bersikap taksub dan menegakkan perkara yang tidak benar dari segi agama boleh dielakkan sekiranya umat Islam menghormati batas-batas agama dan menghentikan perkara yang melanggar adab sopan terhadap Allah, Rasulullah serta sesama manusia.
Umat Islam akan berdosa sekiranya masih melakukan perkara-perkara yang boleh menghina Allah, Rasulullah dan manusia, katanya.
Beliau berkata, semua anggota Jawatankuasa Fatwa itu mengeluarkan pendapat masing-masing berasaskan al-Quran, Hadis serta pandangan ulama "muktabar" bagi mengelak dianggap terbabit dengan isu yang melibatkan parti politik.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.