Utusan Malaysia, Megat Junid jadi sasaran penyokong Azalina
Akhbar media perdana milik Umno, Utusan Malaysia kini menjadi sasaran utama kumpulan yang menyokong ketua penaja Puteri Umno, Azalina Othman Said kerana didakwa menyokong bekas exco pergerakan itu, Mastina Alias yang akan mencabar Azalina bagi jawatan tertinggi pergerakan itu November depan.
Ini berikutan tindakan
Utusan
menyiarkan beberapa laporan yang dianggap memberi ruang kepada Mastina untuk "memburuk-burukkan Azalina" menjelang pemilihan pergerakan itu.
Malah, mereka juga tidak puashati dengan cara Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob menegur Azalina, juga dalam Utusan minggu lalu, supaya berhenti menemui pemimpin utama Umno, kerana ia boleh dianggap sebagai berkempen, dan boleh membatalkan pencalonannya untuk bertanding jawatan ketua Puteri Umno.
Menurut mereka, sepatutnya setiap nasihat oleh pucuk pimpinan Umno kepada bakal ahli yang bertanding jawatan utama parti, harus dilakukan secara langsung kepada calon, bukannya menerusi media masa.

Antara yang paling kuat 'mengecam" Utusan Malaysia ialah laman web Selangor daily yang melahirkan rasa hairannya mengapa "sebagai sebuah akhbar itu mendakwa tindakan Azalina berjumpa dengan pemimpin kanan Umno sebagai satu kempen."
Katanya, adalah amat menghairankan mengapa akhbar tersebut berkempen bagi pihak Mastina dengan memetik pelbagai pendapat daripada mereka yang tidak sependapat dengan Azalina.
Menurut laman web itu lagi, jika tindakan Azalina berjumpa pemimpin kanan dianggap sebagai mungkin menyalahi etika kempen, bagaimana pula dengan berita-berita Utusan yang memetik kenyataan-kenyataan yang memburukkan Azalina dan menyokong Mastina.
Jangan terlalu taksub
Malah, katanya, laporan Utusan juga 'mengelirukan" apabila ia menimbulkan isu-isu yang menyentuh kredibiliti Azalina seperti tidak menjadi Ketua Puteri Umno Bahagian, dipersoalkan kepimpinan Azalina yang bertukar Exco dan sebagainya, tentulah ini mengelirukan.
Mengenai teguran terbuka Megat Junid terhadap Azalina, Selangor daily berkata sepatutnya ketua penerangan Umno itu juga membuat teguran yang sama terhadap Mastina, yang didakwanya telah memburukkan lawan secara tidak langsung dalam Utusan.
Dalam laporan muka depan Utusan Malaysia pada 29 Ogos lalu, Mastina dipetik sebagai berkata, pertandingan bagi jawatan ketua Puteri Umno hendaklah berjalan dalam suasana sihat tanpa perasaan dendam, fitnah memfitnah ataupun hantar samseng untuk untuk memukul orang.
Mastina yang juga bekas ahli jawatankuasa Kelab Umno United Kingdom itu turut menasihatkan anggota Puteri Umno supaya jangan terlampau taksub kepada acuan sendiri dan enggan mendapatkan nasihat daripada ahli Umno yang veteran.
Isu moral yang membabitkan Azalina tercetus April lalu apabila akhbar tabloid Perdana Sari yang diterbitkan oleh Khalid Jaffri mendakwa pemimpin Puteri Umno itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang isteri kepada tokoh perniagaan terkenal.
Khalid yang menjadi popular selepas menulis buku ' 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri ' juga mendakwa Azalina menyalahgunakan RM300,000 dari tabung pergerakan itu untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya itu.
Bagaimanapun, Azalina tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap dakwaan Khalid, sepertimana yang dilakukan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini merengkok di dalam penjara untuk 15 tahun selepas didapati bersalah bagi kesalahan rasuah dan liwat.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.