Puteri Umno: Mastina dinasihat jangan terperangkap'
Pencabar Azalina Othman Said bagi jawatan ketua pergerakan Puteri Umno, Mastina Abdul Hamid mungkin terperangkap dengan muslihat politik "pihak lawan" yang kini memberi publisiti meluas mengenai hasratnya untuk bertanding merebut jawatan berkenaan.
Oleh itu, beberapa ahli Puteri Umno yang bersimpati dengannya menasihatkan Mastina supaya jangan terlalu "ghairah" dengan sokongan pihak-pihak tertentu, termasuk kenyataan yang sering dilaporkan dalam sebuah media perdana milik Umno.
"Kenyataan-kenyataan yang dibuatnya dalam akhbar terbabit boleh digunakan kemudian, untuk memerangkapnya sehingga terbatal pencalonannya bertanding menentang Azalina (foto).
"Sepertimana yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Khalil Yaakob semalam, Perkara 4.1 Tata Etika Ahli Umno, melarang ahli parti daripada menyebarkan sebarang kenyataan secara lisan atau tulisan yang disiarkan melalui media cetak dan elektronik yang berunsur menyokong atau mencela mana-mana parti," tegas seorang daripada mereka, yang tidak mahu namanya disebut.
For the rest of this story and more, subscribe for only RM150 a year. If you're already a subscriber, please sign in.
Sign in Subscribe now