PM: Hukum pekerja asing sama seperti hukum diri sendiri
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa hukuman yang lebih ketat dan penghantaran pulang pekerja asing tanpa izin, samalah seperti menghukum diri sendiri.
"Tindakan kita menghukum mereka (pekerja asing tanpa izin) samalah seperti menghukum diri sendiri kerana banyak industri kita tidak dapat berjalan," katnya ketika menjawab soalan pemberita selepas merasmikan Institut Malaysia-France di Bangi, Selangor pagi ini.
Dr Mahathir bagaimanapun mengingatkan majikan agar tidak lagi mengulangi perbuatan mereka menggajikan pendatang asing yang tidak mempunyai permit pekerjaan yang sah.
"Sekiranya mereka mahu mengambil pekerja, mereka mestilah mengambil pekerja yang sah," katanya.
Perdana menteri turut mengakui bahawa kehadiran pekerja asing adalah penting bagi Malaysia untuk meneruskan pembangunan, terutamanya dalam industri pembinaan.

Namun begitu, beliau mengingatkan para majikan bahawa kerajaan akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka sekiranya mereka tetap mahu menggajikan pekerja tanapa izin.
"Kita telah mengambil tindakan di masa lalu semasa mereka (pekerja asing tanpa izin) berada di sini, dan kita akan terus mengambil tindakan buat masa ini," kata Dr Mahathir lagi.
Kerugian besar
Kira-kira 300,000 pekerja tanpa izin dipercayai telah pulang ke negara masing-masing, terutamanya Indonesia, sepanjang tempoh pengampunan selama empat bulan, yang berakhir pada 1 Ogos lalu.
Sekiranya mereka terus berada di Malaysia tanpa sebarang dokumen yang sah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara dan sebat.
Menurut Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia, sekitar 70 peratus dari 500,000 pekerja di sektor pembinaan adalah terdiri dari pekerja tanpa izin.
Pemaju perumahan mengingatkan bahawa ketiadaan pekerja asing akan menjejaskan industri pembinaan dan menyebabkan sektor berkenaan mengalami kerugian besar dan boleh menyebabkan kenaikan kos sebanyak 10 peratus yang bakal ditanggung oleh pengguna.
Penghantaran pulang beramai-ramai bulan lepas merupakan ekoran tindakan pekerja Indonesia yang sering merusuh serta meningkatnya kegiatan jenayah di negara ini.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya, perdana menteri mengingatkan generasi muda agar menggunakan peluang yang diberikan kepada mereka dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.
Sambil berseloroh, Dr Mahathir berkata beliau nampak lebih ramai pelajar wanita berada di institusi pengajian tinggi di negara ini termasuk di MFI yang berteraskan kursus teknikal dan menyatakan kehairanannya dengan "kehilangan" pelajar lelaki.
"Satu hari nanti saya akan pergi mencari mereka (pelajar lelaki) supaya mereka dapat membantu membangunkan negara ini," kata perdana menteri.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.