Yong hilang kelayakan sebagai Adun dan MP, pilihanraya kecil negeri tidak perlu
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee kini bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Likas. Beliau juga kehilangan kerusinya sebagai Ahli Parlimen Gaya berkuatkuasa 18 Sept ini.
Menurut satu kenyataan daripada Pejabat Speaker Datuk Hassan Alban Sandukong di sini, ia adalah ekoran keputusan Makhamah Persekutuan baru-baru ini.
Menurut Bernama kenyataan dua perenggan itu adalah seperti berikut:
"Keputusan Mahkamah Persekutuan adalah muktamad. Datuk Yong Teck Lee (foto) bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Likas. Pilihanraya kecil tidak perlu diadakan kerana pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh 15 bulan lagi berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah, (Seksyen) 21 (5)."
Pada 3 Sept lepas, Yong gagal mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bahawa beliau telah melakukan amalan rasuah pada pilihanraya negeri 1999.

Hilang kelayakan
Sementara itu, Yong juga bekas ketua menteri Sabah, turut kehilangan kerusi Parlimen Gaya berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.
Speaker Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail memberitahu pemberita di Dewan Rakyat hari ini bahawa selaras dengan Seksyen 48 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut mana-mana wakil rakyat yang didapati bersalah oleh mahkamah, akan kehilangan kerusinya dalam tempoh 14 hari selepas keputusan itu dibuat.
Berikutan itu, katanya, Yong akan hilang kelayakannya menjadi Ahli Parlimen berkuatkuasa 18 Sept ini.
Ditanya sama ada, pilihanraya kecil akan diadakan bagi kerusi Parlimen Gaya, Zahir berkata, ianya terpulang kepada keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Pagi tadi, Yong bertemu Zahir untuk membincangkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gaya dan memberitahu pemberita kemudiannya yang beliau tidak akan menghadiri sidang Dewan Rakyat sekarang.