Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan pengerusi Barisan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan bahawa beliau menyokong timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon BN pada pilihan raya Hulu Selangor yang akan datang.

NONE "Tiada perkara seumpama itu, Maksud saya tiada kenyataan yang dibuat dan saya rasa tiada apa yang telah didedahkan berhubung perkara itu,” katanya.

Justeru, beliau menggesa semua pihak supaya menghentikan spekulasi berhubung calon BN sehingga pengumuman perkara itu esok di markas operasi BN di Bukit Beruntung.

Muhyiddin ( kiri ) juga menolak laporan bahawa terdapat ketidak-sefahaman berhubung pemilihan calon BN ketika mesyuarat jawatankuasa pengurusan BN di Parlimen, Isnin lalu.

"Ia hanya mesyuarat biasa,” katanya.

NONE Beliau merujuk kepada laporan media yang melaporkan bahawa beliau memilih Mugilan ( kanan ) untuk mengisi kerusi BN dan mendapat tentangan daripada pemimpin MIC.

Pemimpin MIC bertegas mengatakan bahawa timbalan presiden Datuk G Palanivel adalah calon tunggal yang dikemukakan.

Sebelum ini, beberapa cawangan Umno di Hulu Selangor memperhebatkan lobi mereka untuk menolak Palanivel dengan alasan dia mempunyai rekod perkhidmatan yang lesu meskipun telah menduduki kerusi itu selama empat penggal.

Malah ada juga pemimpin Umno yang mendesak agar kerusi Hulu Selangor dikembalikan kepada mereka setelah diserahkan kepada MIC sejak pilihan raya 1990.

[Baca berita penuh]

ADS