Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rayuan keputusan kekal tuduhan liwat - 4 Mei
Diterbitkan:  Apr 16, 2010 6:07 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan tuduhan liwat terhadapnya akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 Mei depan.

sn nair Peguam bela Anwar, SN Nair memberitahu pemberita bahawa beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini melalui faks.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Rayuan yang pada 17 Februari memutuskan bahawa Anwar gagal untuk membuktikan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap beliau adalah bersifat menindas bagi membolehkan tuduhan itu dibatalkan.

NONE Anwar, 63, mahu agar mahkamah membatalkan pertuduhan liwat berdasarkan penemuan laporan perubatan oleh tiga doktor bahawa "tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum".

Beliau gagal dalam usahanya agar tuduhan itu dibatalkan di Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonannya pada 1 Disember tahun lalu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.

Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful apabila perbicaraan bersambung pada 10 Mei.

- Bernama

ADS