Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kolum dalam Malaysiakini bertajuk 'upacara telan air ludah ustaz'.

Beliau hadir kira-kira jam 3 petang dengan ditemani oleh dua orang peguam - Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan Mohd Irwan Mohd Mubarak.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pc Dr Mohd Asri disoal siasat selama kira-kira sejam oleh tiga pegawai daripada bahagian penyelidikan dan pembangunan JAIS.

Bagaimanapun, dalam sesi tersebut, peguamnya tidak dibenarkan masuk menemaninya.

Dalam sidang media selepas siasatan tersebut, Dr Mohd Asri memberitahu yang beliau telah memberi maklumat berhubung tulisan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memberi maklumat secara terperinci kerana menurutnya "itulah adalah tugas JAIS untuk mencarinya".

Katanya, beliau yakin kesahihan maklumatnya itu kerana dimaklumkan oleh pelbagai sumber yang enggan didedahkannya.

"Polis sendiri tak boleh paksa untuk orang beritahu siapa pemberi maklumat.

"Setiap kalau kali ada pemberi maklumat datang pada saya, saya dedah, esok tak ada orang beri maklumat pada saya," kata tokoh agama yang terkenal dengan kelantangannya itu.

Walaupun mungkin terdapat perbezaan versi, tetapi menurutnya Dr Mohd Asri, upacara telan air ludah itu berlaku.

"Sama ada air liur itu diludah, atau dititik ke dalam mulut, tetapi unsur pemindahan air liur itu berlaku. Siapa, perinciannya, saya kata pihak JAIS kena cari," katanya.

Menurutnya, beliau juga memaklumkan bahawa upacara tersebut berlaku di sebuah masjid di Ampang.

Ditanya kenapa proses memberikan keterangan itu mengambil masa agak lama, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, pegawai JAIS yang mengambil keterangannya itu turut mengambil kesempatan bertanya hal yang tidak berkaitan.

"Mereka tanya (tentang) artikel lain sama, yang tak wajar, tetapi saya layan. (Tanya) cerita luar, (misalnya) kenapa tulisan saya sinis kepada pengarah JAIS. Biasalah," katanya sambil ketawa.

"Sebahagiannya (ditanya) dengan ikhlas, untuk mereka sendiri tahu."

Beliau juga tidak pasti sama ada akan dipanggil sekali lagi untuk proses tersebut dan tidak jelas disiasat di bawah seksyen apa.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 lawyer jahaberdeen mohamed yunos Sementara itu Jahaberdeen pula memakluman, anak guamnya telah datang memberikan kerjasama dan menjadi tanggungjawab JAIS untuk menyiasatnya.

"Satu lagi kena jelas, yang disiasat bukan ustaz (Dr Mohd Asri), yang disiasat adalah kes (upacara telan ludah) terbabit. Ustaz cuma pembantu dalam kes tersebut," katanya.

ADS