Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kehadiran Dr Halili Rahmat di sebuah program anjuran Umno di Bandar Sungai Buaya sekadar menjadi satu tarikan kepada beberapa ratus orang yang hadir malam ini.

dr halili rahmat anwar doctor 130904 pc Dr Halili ( kanan ) yang terdahulu mengumumkan keluar PKR untuk menyertai Umno semalam, hadir di program berkenaan dan berucap selama beberapa minit.

Namun, beliau tidak membuat apa-apa 'pendedahan' sebagaimana yang diuar-uarkan penganjur dan juga pengerusi majlisnya ketika program berlangsung.

Pakar bedah otak itu sekadar berkata sokongan perlu diberikan kepada 'pihak yang betul.'

Tambahnya, beliau tidak mempunyai apa-apa cita-cita politik dan tidak pandai "mengata orang."

Dengan nada merayu, beliau juga berharap dapat diterima ke pangkuan Umno setelah meninggalkan PKR apabila tidak terpilih menjadi calon parti tersebut bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Saya cuma ikut apa yang benar," katanya tanpa memberikan apa-apa penjelasan.

isa samad interview 150509 Majlis tersebut dilihat aneh kerana selain menjadi pentas ceramah BN, ia juga merupakan satu keraian bagi Tan Sri Isa Samad yang baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Isa dan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid, yang juga bekas setiausaha Puteri Umno, disambut dengan paluan kompang dan dilayan bagai pengantin baru dalam majlis berkenaan.

Para hadirin yang kebanyakannya penduduk tempatan juga  dijamu dengan pelbagai juadah.

Isa juga berucap dalam ceramah berkenaan, selain dua menteri kabinet -- Datuk Shaziman Abu Mansor (kerja raya) dan Datuk Seri Shafie Apdal (pembangunan luar bandar).

Anwar jadi sasaran

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu menjadikan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Dengan gaya pengucapan yang bersahaja, beliau menerangkan bagaimana beliau mencadangkan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

hulu selangor by-election nomination 170410 zaid anwar khalid Katanya, cadangan itu dibuat dalam satu mesyuarat Umno yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri dan presiden Umno pada masa itu.

Tambahnya, beliau telah bertanya kepada Dr Mahathir sama ada Anwar benar-benar meliwat, seperti yang didakwa pada masa itu.

Mahathir menjawab, Anwar benar-benar melakukan perbuatan tersebut, katanya dan ini mendorongnya untuk membuat cadangan tersebut.

Walaupun perkara ini sudah kerap diulangnya di pentas-pentas ceramah, ia tetap menerima reaksi positif daripada hadirin sehingga ada di antara mereka yang menyambut dengan laungan dan pekikan.

"Orang yang sokong (cadangan) itu sudah dapat Tun. Saya belum lagi," katanya.

Isa dan penceramah lain juga menyebut mengenai kelemahan dan sikap PKR serta pemimpinnya sehingga menyebabkan tokoh seperti Dr Halili meninggalkan parti tersebut.

NONE Mereka juga mengggunakan platform tersebut untuk mengulas mengenai cadangan pembinaan laluan masuk dan keluar ke lebuhraya utara-selatan yang melalui kawasan itu.

Isa berkata, penduduk bagaimanapun tidak seharusnya menganggap plaza tol itu akan dibina dalam masa terdekat.  

Beliau juga mengulas mengenai projek pembinaan sebuah perumahan untuk pekerja ladang di Teluk Kemang, yang dijanjikan BN semasa pilihan raya kecil kawasan itu pada September tahun lalu.

Isu berkenaan dijadikan modal ceramah di pentas Pakatan Rakyat dalam kempen di Hulu Selangor.

Isa berkata, kerajaan Negeri Sembilan perlu mengikut proses untuk mengadakan tender semula.

"Kalau kita buat secara rundingan terus, kata (beri kepada) kroni pula. Inilah dia perangai pembangkang," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS