Bekas ahli Parlimen PAS Bachok di hadap ke mahkamah
Bekas ahli Parlimen PAS Bachok, Buniyamin Yaacob dihadap di Mahkamah Sesyen di Kota Bharu hari ini atas tuduhan memfitnah Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Buniyamin, 56, didakwa memfitnah Dr Mahathir melalui pertuturannya dalam ceramah di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di sini, antara jam 10 malam dan 11.30 malam pada 15 Mac lalu. Di dalam ceramah itu, Bunyamin dikatakan mendakwa Perdana Menteri menonton video lucah bersama cucunya.
Beliau dituduh mengeluarkan tohmohan pada 15 Mac lalu di antara jam 10 malam hingga 11.30 malam di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.
Buniyamin, 56, yang duduk di atas kerusi roda di luar kandang tertuduh bagaimanapun, tidak mengaku bersalah ketika tuduhan itu dibaca kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.
Beliau yang juga pegawai penerangan PAS Kelantan, masih dirawat di wad 10 Hospital Kota Bharu kerana sakit buah pinggang, tiba di mahkamah dengan sebuah van ambulan jam kira-kira 9.30 pagi.

Bantahan awal
Sebaik tiba di perkarangan mahkamah, Buniyamin dibawa dengan sebuah kerusi roda oleh beberapa penyokong PAS yang telah sampai di situ lebih awal.
Laungan 'Allah-hu-Akhbar' kedengaran beberapa kali oleh kira-kira 50 penyokong PAS yang berhimpun dan menunggu ketibaan beliau di dataran mahkamah tersebut, ketika Buniyamin ditolak masuk ke dalam dewan mahkamah.
Kira-kira 30 anggota polis dari ibu pejabat polis daerah Kota Bharu dihantar mengawasi keadaan di situ bagi menjamin tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Apabila sebutan kes hendak dimulakan pada jam 11 pagi, Peguam Karpal Singh yang mewakili Buniyamin mengemukakan bantahan awal di hadapan hakim Mohd Yazid Mustafa dan meminta beliau menolak pendakwaan ke atas bekas ahli Parlimen PAS itu.
Antara alasan yang dikemukakan oleh Karpal ialah tohmahan yang dibuat oleh Buniyamin adalah terhadap Dr Mahathir atas kedudukannya beliau seorang individual dan bukannya terhadap Perdana Menteri Malaysia.
Dengan demikian, hujahnya, peguam negara tidak berhak (tidak mempunyai locus standi ) menjalankan pendakwaan berhubung dengan tohmahan itu, yang dikatakan boleh menjatuhkan maruah Dr Mahathir.
Ikat jamin
Selain itu Karpal juga berhujah, laporan polis berhubung tohamah itu dibuat oleh seorang individu lain bernama Kamarul Baharin di Pengkalan Chepa, Kelantan dan bukannya oleh Dr Mahathir sendiri.
Oleh demikian katanya adalah sukar untuk ditentukan sama ada Dr Mahathir sendiri merasa dukacita atau tidak, kerana maruahnya tercabar.
Atas sebab-sebab demikian, Karpal berhujah peguam negara, yang bertindak selaku penasihat undang-undang kepada kerajaan tidak berhak untuk menjalankan dakawaan terhadap kes itu, dan mahkamah pula tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perbicaraannya.
Sementara itu, timbalan pendakwa raya (DPP) Nordin, dalam hujah balasnya berkata, tohmahan berbentuk fitnah itu boleh dibahagikan kepada dua ketigori sivil dan jenayah.
Dalam kes ini, kata beliau, ianya tergolong dalam kategori jenayah, dan oleh itu, peguam negara berhak mencampurtangan mengendalikan pendakwaan kes tersebut.
Hakim Mohd Yazid kemudiannya memutuskan pendakwaan terhadap Buniyamin diteruskan, dan menetapkan 5, 6, dan 7 November untuk perbicaraan. Buniyamin kemudian dibebaskan dengan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.
Dua lagi DPP yang turut mengendalikan pendakwaan bersama Nordin ialah Dzulkifli Ahmad dan Azmi Ariffin, sementara peguam Wan Jawahir Haron bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak PAS Kelantan.
.

Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.