Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khir: Kaji semula dasar k'jaan terhadap kaum Cina
Diterbitkan:  Apr 27, 2010 10:31 AM
Dikemaskini: Apr 28, 2010 1:54 AM

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo menuntut supaya dasar kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan Cina "dikaji semula" supaya lebih memberi penghargaan kepada masyarakat Melayu dan India.

Katanya, masyarakat Melayu dan India kembali menyokong BN sedangkan golongan pengundi Cina di Hulu Selangor menolak parti itu bagi mengukuhkan DAP, tulis beliau di blog peribadinya.

"Pada hemat saya kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan bukan bersandarkan isu pembangunan mahu pun isu polisi tetapi lebih kepada isu kuasa orang Cina di Selangor yang lebih besar berbanding konsep perkongsian kuasa dalam BN," katanya.

Jelasnya, BN "dibelasah teruk" di kawasan majoriti pengundi Cina dan membayangkan perkembangan itu sebagai "pola pengundian bersifat cauvinis Cina."

"Sokongan besar kaum Cina kepada Pakatan adalah hasil kempen perkauman DAP secara senya-senyap. Terdapat laporan DAP memainkan isu-isu perkauman dalam kempen rumah ke rumah pengundi Cina.

"Mereka mendakwa hak dan kepentingan kaum Cina ditindas oleh Umno dan ini menimbulkan kemarahan pengundi Cina di Hulu Selangor.

"Justeru saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi-polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India yang memberi sokongan kepada BN.

"Ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini ialah DAP manakala menteri besar sekadar pembuat kenyataan, bukannya keputusan. DAP juga dilihat menguasai kerajaan negeri dan potfolio penting," tulisnya.lagi

Dr Khir juga mendakwa usaha pembaharuan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak dihargai oleh masyarakat Cina luar bandar ini.

"Ini termasuk memperkenalkan MEB (model ekonomi baru), konsep 1Malaysia, bantuan yang lebih besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pemberian biasiswa kepada semua kaum dan pelbagai usaha liberalisasi perniagaan yang kononnya menjadi asas ketidakpuasan hati kaum Cina.

"Ditambah lagi dengan pemulihan ekonomi negara dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, sudah tentu perdana menteri mengharapkan ada sedikit penghargaan dalam bentuk sokongan kepada usahanya.

"Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum Cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar," katanya.

ADS