BERITA

Ini penjelasan Pak Lah...

Diterbitkan
Dikemaskini 30 Apr 2010, 10:55 pagi

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beliau telah 'menyerahkan' 'dua kawasan yang kaya minyak' kepada Brunei.

Dalam kenyataannya lewat petang ini, Abdullah berkata sumber di 'blok L dan  M' di Laut China Selatan yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan  Brunei di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac tahun lalu.

Walaupun blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei, tetapi katanya, Malaysia akan dibenarkan mengambil bahagian dalam usaha bersama untuk memajukan pengeluaran minyak dan gas di situ untuk tempoh 40 tahun.

Menurut Abdullah, ia bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua negara.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.